Sunday, July 17, 2016

Puisi MAJLIS ILMU di Surau Ar-Rahmah


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


(1)
Majlis ilmu dan kehidupan,
Kuliahnya di Surau Ar-Rahmah Seksyen 8,
Menjadi kebiasaan penduduk tempatan,
Menimba ilmu tanpa merasa bosan.
 Ustaz Azman Abd. Halim sedang memberi Kuliah Maghrib
Tempat: Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, Jalan Liku A 8/A, Shah Alam, Selangor
Tarikh: 17 Julai 2016 (Ahad)
Gambar oleh: Hj. Kamaruddin Hassan


(2)
Majlis ilmu dan kehidupan,
Kuliah disampaikan Ustaz Azman,
Topik ceramah "La Tahzan",
"Jangan Bersedih" jika diterjemahkan.


 Ambien dalam Dewan Solat Utama ketika Kuliah Maghrib


(3)
Majlis ilmu dan kehidupan,
Ambillah iktibar ilmu yang disampaikan,
Ilmu dunia menjadi kejaran,
Untuk akhirat jangan pula ketinggalan.
 Gambar diambil dari luar Dewan Solat Utama


Ahad, sudah masuk 13 Syawal 1437H
Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
10:33 malam (Malaysian Standard Time)


No comments:

Post a Comment