Monday, November 21, 2016

Puisi Anda Tidak Berpuas Hati


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


Lokasi: Aras 76, Menara 2, Menara Berkembar PETRONAS,
Kuala Lumpur, MALAYSIA


(1)
Anda tidak berpuas hati,
Berarak di jalanan serta berdemonstrasi,
Kononnya itulah trend dewasa ini,
Belum tentu tercapai matlamat yang dihajati.

(2)
Anda tidak berpuas hati,
Menyalahkan pihak lain bukan diri sendiri,
Terlalu leka dengan urusan duniawi,
Sepatutnya tunjukkan cinta pada ibu pertiwi.

(3)
Anda tidak berpuas hati,
Padahal Islam menyuruh amalkan baik budi pekerti,
Jika ada apa-apa yang perlu diperhalusi,
Berundinglah agar segala kekusutan terlerai nanti.

(4)
Anda tidak berpuas hati,
Sesetengan terlalu taasub dengan parti,
Yang tidak sehaluan diperlekehkan serta diperli,
Merasakan akulah yang tahu serba serbi.

(5)
Anda tidak berpuas hati,
Hendak diganti kerajaan yang ada hari ini,
Kenapa tidak tunggu sahaja PRU14 nanti,
Tunaikan tanggungjawab di peti undi.

(6)
Anda tidak berpuas hati,
Daku pula bersyukur qadak dan qadar Ilahi,
Hamba percaya rezeki ALLAH yang bagi,
Tidak perlu bersedih atau iri hati. 

(7)
Anda tidak berpuas hati,
Manfaatkanlah masa hidup yang ALLAH beri,
Jangan pula terlupa membaca al-Quran setiap hari,
Esok atau bila-bila masa kita akan mati.

Isnin, 21 Safar 1438H
 




No comments:

Post a Comment