Saturday, December 31, 2016

Tragedi di Aleppo Syria

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

 (Gambar-gambar adalah ihsan dari AMAN PALESTIN BERHAD)









(1)
Tragedi di Aleppo Syria,
Kehidupan seharian mereka sungguh sengsara, 
Tempat kediaman punah ranah belaka,
Hendak makan pun tiada apa.

(2)
Tragedi di Aleppo Syria,
Musim sejuk pula menjelang tiba,
Tempat berteduh ala kadar di merata-rata,
Khemah pun mungkin rosak atau tiada.

(3)
Tragedi di Aleppo Syria,
Kami di Malaysia terus menadah tangan berdoa,
Sambil menyumbang yang termampu seringgit dua,
Insya-Allah bantuan akan sampai juga ke sana.

(4)
Tragedi di Aleppo Syria,
Syukurlah ada juga gencatan senjata,
Kuasa-kuasa besar dunia punya percaturan dan angkara,
Penduduk yang tidak berdosa menanggung kesannya. 

(5)
Tragedi di Aleppo Syria,
Masa depan belum tentu kemana arahnya,
Pelajaran anak-anak sudah terbengkalai semua,
Ramai saudara mara sudah pun tiada.

(6)
Tragedi di Aleppo Syria,
Tabahkan hati menempuh dugaan dunia,
Moga ALLAH jauhkan segala petaka,
Kesusahan yang dialami tentu ada hikmahnya.

Sabtu, 1 Rabiulakhir 1438H

Tuesday, December 27, 2016

Saranan Waktu Maghrib Untuk TV3


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,



Drama pada hari Selasa, 27 Disember 2016
(Sebelum dan selepas azan Maghrib)


(1)
Ibu melahirku di Bandar Maran,
Bidan kampung bernama Dara,
Di waktu Maghrib syaitan berkeliaran,
Rancangan hiburan tangguhkanlah sementara.

(2)
Cuti sekolah Disember daku ke Sandakan,
Tinggal di sana tidak rasa jemu,
Apabila azan Maghrib selesai dilaungkan,
Sambunglah pula rancangan majlis ilmu.

(3)
Pergi ke pasar beli buah berangan,
Penjual masih gunakan timbangan kati,
Saya secara ikhlas memberi pandangan,
Moga TV3 laksanakan di 2017 nanti.

Dipamerkan pada Selasa, 27.12.2016
pukul 10:01 malam
 
 

Saturday, December 24, 2016

Saying THANK YOU To My Blog's Pageviews


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH be upon you)


 Audience stats: Entry (countries) against Pageviews
(Google lists down only top 10 countries having the most number of pageviews)


Overview stats as of 23 December 2016 at 10:00 p.m.


(1)
First and foremost, I must thank my blog's pageviews for their support. Due to them, I always feel motivated to carry on writing and posting it in my blog.

(2)
I wrote my first simple write-up and posted it in my blog http://panoramainternet.blogspot.com on 3 January 2013.

(3) 
Today's (24 December 2016) write-up entitled "Saying THANK YOU To My Blog's Pageviews) is the 230th posting. It is dedicated expressly to all my blog's pageviews.

(4) What is the meaning of Pageviews
In Google Analytics, it refers to the number of times Internet users have viewed a particular web page (which also includes blogspot.com).

(5) Tracking the Pageviews
I started to track them in January 2016. Based on data as provided by Google, they (my blog's Pageviews) come from 59 countries. These countries are listed down as per below, arranged in alphabetical order:

1. Albania
2. Algeria
3. Angola
4. Argentina
5.Australia
6. Bahrain
7. Bangladesh
8. Belgium
9. Bosnia & Herzegovina
10. Brazil
11. Brunei
12. Bulgaria
13. Burkino Faso
14. Cambodia
15. Canada
16. China
17. Colombia
18. Dominican Republic
19. Ecuador
20. Egypt
21. Finland
22. France
23. Germany
24. Greece
25. Hong Kong
26. India
27. Indonesia
28. Ireland
29. Israel
30. Italy
31. Japan
32. Kenya
33. MALAYSIA (my beloved country)
34. Mauritius
35. Mexico
36. Netherlands
37. New Zealand
38. Norway
39. Pakistan
40. Philippines
41. Poland
42. Portugal
43. Romania
44. Russia
45. Saudi Arabia
46. Singapore
47. Slovenia
48. South Korea
49. Spain
50. Sweden
51. Switzerland
52. Thailand
53. Turkey
54. United Arab Emirates
55. United Kingdom
56. United States
57. Ukraine
58. Venezeula
59. Vietnam

(6)
Thank you to all my blog's Pageviews for your support.
Bravo!

Sabtu, 24 Rabiulawal 1438H

Thursday, December 22, 2016

Gangguan Bekalan Air: Jangan Jadikan Sebagai Budaya


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


(1) 
Perigi di Kg. Banggol Sena, Mata Ayer, PERLIS  

Gangguan Bekalan Air berlaku lagi,
Sehingga tidak selesa di waktu pagi,
Jika di kampung mereka gunakan perigi,
Boleh mandi serta gosok gigi. 


(2)
Kolah di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, Shah Alam
11.1.2016, sebelum azan Maghrib
(gangguan bekalan air selama 24 jam 
dari 10.1.2016 mulai pukul 5 petang) 

Gangguan Bekalan Air tidaklah mati,
Cuma pengguna merasa kurang pasti,
Kenapa tidak buat perancangan teliti,
Pegawai-pegawai kenalah ada ciri integriti.


(3)
 Penerbangan PIA ke New York berhenti transit 
di Karachi, PAKISTAN.
(dari kiri: Lim, Augustine, Kamaruddin, Joseph)
1.9.1978

Telah hamba melawat berbelas negara,
Gangguan Bekalan Air tidak dirasa,
Di negara sendiri macam perkara biasa,
Jangan jadikan sebagai satu budaya.


(4)
Air paip mengalir agak laju pada penggunaan biasa

Biarlah saya tulis di awal waktu,
2017 Gangguan Bekalan Air berlaku,
Berfikiran negatif bukan sifat daku,
"Law of Averages" mentakrifkan begitu.

Khamis, 22 Rabiulawal 1438H

Wednesday, December 21, 2016

Gangguan Bekalan Air: Sekadar Suatu Pandangan


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,



Ambien ceria semula apabila bekalan air pulih seperti biasa


Pada hemat saya, dalam isu ini, ada dua (2) perkara yang berkaitan:

(A) Perkara yang kita boleh kawal (kita sebagai pengguna),
(B) Perkara yang kita TIDAK boleh kawal (pihak yang mengurus bekalan air).

(A)(i)
Kita kena terima hakikat bahawa gangguan bekalan air akan berulang di masa-masa akan datang. Di sini, saya tidaklah ingin berfikiran negatif, tetapi mengikut "Law of Averages" ia memang menjurus ke arah itu. 

Jadinya, kita tidak usahlah merungut, mengeluh, merasa marah, menyumpah seranah, maki hamun, sindir menyindir atau yang sewaktu dengannya - ia tidak boleh merubah apa-apa, bahkan ia akan menambah lagi stres.

(A)(ii)
Sebagai pengguna, kita kenalah menyimpan bekalan air sekadarnya apabila terlihat tandanya.
Biasanya paip di dapur rumah kita disambung terus kepada "main pipe". Sekiranya air keluar agak perlahan dari biasa, itulah tanda yang bekalan air akan dicatu atau terputus. Segeralah menyimpan bekalan air sekadarnya.
Bagi mereka yang tinggal di apartmen yang tinggi, agak sukar sedikit untuk mereka mengetahui tentang perkara ini.   

(B)(i)
Perkara ini sudah banyak diperkatakan dalam akhbar dan juga media sosial. Mereka yang mengurus bekalan air tahu dan sepatutnya sebarkan perkara yang sebenar; tetapi keadaan masih tidak banyak berubah "towards excellence".

(B)(ii)
Seeloknya, mereka berusaha memberi "awareness" berkenaan bekalan air kepada pengguna, misalnya melalui iklan/"advertorial" di akhbar-akhbar.

Rabu, 21 Rabiulawal 1438H
 
 

Tuesday, December 20, 2016

Gangguan Bekalan Air: Isu Lama


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.


Jika bekalan air terputus, pelbagai alasan diberikan oleh pihak berkuasa. Di antaranya:
(i) sumber bekalan air telah tercemar,
(ii) cuaca (panas),
(iii) penurunan paras air di Kolam-Kolam Utama,
(iv) pihak pembekal tenaga elektrik membuat kerja penyelenggaraan (alasan yang terbaharu).

PERSOALAN:
Tidakkah pihak pembekal air mempunyai pelan perancangan yang baik untuk menghadapi masalah yang sudah sekian lama ini?

Sebagai orang Islam yang beriman, kita reda dengan situasi sebegini kerana memikirkan bahawa umat Islam di negara-negara lain bertarung dengan nyawa - di antara hidup dengan mati.

Namun, risiko bekalan air (yang kerap terputus) boleh dielakkan dengan mengadakan satu perancangan jangka panjang yang rapi serta efektif.

Sebagai pengguna yang terlibat, kita kenalah menyimpan air sekadarnya. 









Restoran menggunakan kertas kerana ketiadaan air


Selasa, 20 Rabiulawal 1438H

Monday, December 19, 2016

Penulisan untuk Tahun Baharu 2017


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,




(1)
Elok jika penulisan kita dapat menjurus kepada sesuatu yang baik & berpahala, positif atau sesuatu yang dapat memberikan pengharapan.

(2)
Rasanya, sia-sia sekiranya kita menulis hanya untuk menyatakan kekurangan itu dan ini, tanpa memberikan cara-cara untuk mengatasi masalah yang diutarakan.

(3)
Untuk menyatakan kekurangan sesuatu perkara, semua orang boleh menulisnya. Tidak perlu belajar sampai ke peringkat universiti untuk menulis subjek yang berunsur negatif.

Isnin, 19 Rabiulawaal 1438H

Tuesday, December 13, 2016

Daulat Tuanku payung mahkota


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


Sultan Muhammad V melafaz Sumpah Jawatan sebagai
Yang di-Pertuan Agong XV
sebelum menandatanganinya di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur


Daulat Tuanku payung mahkota,
Selamat bersemayam di atas takhta,
Gembiranya patik sekalian tiada terkata,
Tuanku memberi pengharapan kepada rakyat jelata.


 Yang di-Pertuan Agong dijemput untuk memeriksa pembarisan kehormatan 
di Dataran Parlimen

Yang di-Pertuan Agong menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV


Senarai nama-nama dan gambar-gambar Yang di-Pertuan Agong yang lepas

Selasa, 13 Rabiulawal 1438H

Monday, December 12, 2016

MAULIDUR RASUL: Puisi istimewa untuk Rasulullah


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,





(1) Rasulullah sebaik makhluk ciptaan ALLAH SWT

Sarah Syazana pergi berkelah, 
Pergi dengan kawan sekolah,
Nabi kita Muhammad Rasulullah,
Sebaik makhluk ciptaan ALLAH.

(2) Rasulullah pemimpin agung

Ambien damai di Kampung Pilah,
Ada dangau di tengah sawah,
Pemimpin agung baginda Rasulullah,
Bijaksana dan tidak rasuah.

(3) Lama Rasulullah berdakwah

Rasulullah seorang insan berhemah,
Cukup lama baginda berdakwah,
Tiga belas tahun di Makkah,
Sepuluh tahun pula di Madinah.

(4) Raudhah di Masjid Nabawi

Semasa raya pulang ke Kedah,
Ketika di kampung mandi di telaga,
Di Masjid Nabawi ada Raudhah,
Ibarat berada di taman syurga.

(5) Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi

Bila bersolat di Masjid Nabawi,
Kebaikan solatnya seribu kali,
Tinggal di Madinah beberapa hari,
Momohon keampunan dari Ilahi.

(6) Anak-anak Rasulullah

Makan pagi nasi lemak,
Barlauk ayam bahagian kaki,
Rasulullah ada tujuh anak,
Empat perempuan tiga lelaki.

(7) Topik Rasulullah jadi pilihan

Di hening pagi kedengaran azan,
Solat subuh dua rakaat,
Topik Rasulullah jadi pilihan,
Moga ALLAH reda di akhirat.

Puisi ini mempunyai 7 rangkap, bersesuaian dengan kesukaan ALLAH SWT dan Rasulullah yang sukakan angka yang ganjil.

Sempena Maulidur Rasul, Isnin, 12 Rabiulawal 1438H

Friday, December 9, 2016

Puisi Khas Untuk Anda

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

 Persiaran Damai, Shah Alam, Selangor 


(a) 
Aduka suka memelihara itik,
Makanannya jagung bercampur dedak,
Anda memilih bidang politik,
Bersikap amanahlah jangan tidak.

(b)
Dibilik peperiksaan janganlah bising,
Guru memerhati sambil berdiri,
Politicians memberi hujah masing-masing,
Yang apolitical mentafsir sendiri.   

(c)
Luncai berperahu menuju ke muara,
Di tepi sungai banyak ranting,
Pemimpin-pemimpin terdahulu lantang bersuara,
Can they change anything.

(d)
Mudik ke hulu dengan rakit,
Ternampak sabatang pokok jati,
Ada ubat setiap penyakit,
Kecuali tua atau mati.

(e)
Cuti sekolah balik ke Kuantan,
Rindu hendak mandi di telaga,
Andakah gunting dalam lipatan,
Lambat laun diketahui juga.

(f)
Makan pagi di Restoran Siti,
Roti disapu dengan kaya,
Jika anda ada kredibiliti, 
Bila bercakap orang percaya.

(g)
Bukan semua Melayu malas,
Cuma belum sampai ke bulan,
Jika kebaikan tidak dibalas,
ALLAH tahu usahlah terkilan.

Jumaat (penghulu hari), 9 Rabiulawal 1438H
 


Monday, December 5, 2016

Attributes of good leaders


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH be upon you)






A CREDIBLE leader is an asset to the nation. The Oxford Advanced Learner’s Dictionary, new 8th Edition (2010) defines the word credible as “can be believed or trusted”. A leader is a person who leads a group of people, especially the head of a country or an organization.

We can say that a credible leader is someone who advances the lives of his followers as well as the system they live in. He may not even have a formal title.

The real test for this chosen or elected leader is to see whether his followers will follow his words or orders. Notwithstanding other leadership qualities, he should be a trustworthy person.

A leader of this nature would make it easy for the masses to believe in him. It means that there is a consistency between who he is and what he says.

He doesn’t  hide anything from his followers or beat around the bush with them.

A credible leader is also a person of integrity. It is defined as the quality of being honest and having strong moral principles.

A distinctive example of a person of the highest integrity was the Prophet Muhammad. During his time, he was known as al-Amin, which means the trustworthy one.

A credible leader has no skeletons in his closet, making his opponents or enemies will feel frustrated because they will find it very difficult to discredit him. 

In order to be a good and credible leader in the 21st century, one has to have knowledge on business and finance. The world revolves around these factors.

We crave for leaders who are better off than us.

It is annoying when we hear a leader giving his speech on a subject that he has very little knowledge of. He is just talking. He doesn’t respect the educated audience who are attending his function.

A credible leader should exhibit high ethical standards. He knows how to differentiate between what is the right and wrong.

He has a clean image and is free from perceived sexual scandal or corruption, which may also include abuse of power. A leader must also be a good family man.

When you do your job with enterprise and strength of mind to make a difference to the people around you, then you are a credible leader. If you possess the above criteria, then you are an asset to the nation.


Isnin, 5 Rabiulawal 1438H

Sunday, December 4, 2016

Tulis Salah Tidak Tulis Salah


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,




(1)
Tulis salah tidak tulis salah,
Sesetengah bercakap tidak mahu mengalah,
Berdebat soal politik dialah menyerlah,
Kita dianggapnya macam tidak sekolah.

(2)
Tulis salah tidak tulis salah,
Tugas pemimpin sepatutnya menyelesaikan masalah,
Jangan biarkan pengikut asyik berbalah,
Atau suruh berdemonstrasi sehingga lelah.  

(3)
Tulis salah tidak tulis salah,
Jika ditekan jangan mudah mengalah,
Tenangkan fikiran dengan pergi berkelah,
Moga emosi kembali pulih insya-Allah.

(4)
Tulis salah tidak tulis salah,
Jauhi dari senantiasa mencari helah,
Orang sebegini integritinya sekadar sepenggalah, 
Mencari peluang melompat ke kumpulan sebelah.

(5)
Tulis salah tidak tulis salah,
Usah sengaja melawan hukum ALLAH,
Suka provokatif ibarat yahudi laknatullah,
Persis ketua munafik bernama Abdullah.

Ahad, 4 Rabiulawal 1438H