Saturday, February 9, 2019

Hentian Akhir Bandar, Seksyen 19, Shah Alam


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,





Penduduk Shah Alam mendesak agar Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Tuan Mohd Rashidi Bin Ruslan "turun ke padang" melihat sendiri fasiliti HENTIAN AKHIR BANDAR yang terletak di Jalan Parang 19/8, Seksyen 19, Shah Alam.

ISU: setelah hampir lapan (8) bulan beroperasi, masih:
- tiada air di surau, tempat mengambil wuduk,
- tandas di depan surau pun dikunci (kerana ketiadaan air).

Isu ini telah dikemukan/disalurkan melalui twitter dan juga emel, termasuklah siaran dalam akhbar Sinar Harian (@ADUAN) pada Sabtu, 9 Febeuari 2019.

Keadaan sebegini sangat menyusahkan para penumpang dan pelawat untuk berwuduk, lebih-lebih lagi bagi OKU. Sekiranya pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak bertindak, para penduduk mungkin berikhtiar cara lain pula, termasuk membuat aduan kepada pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). 





Sabtu, 4 Jamadilakhir 1440H