Wednesday, December 16, 2020

Mohon selusur tangga uzur dicat

 Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)



Seperti disiarkan dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA, ruangan Forum, 

pada Rabu, 16 Disember 2020.


Gambar dirakam pada Rabu, 16 Disember 2020
 

Rabu, 01 Jamadilawal 1442H

Tuesday, December 15, 2020

Bukan benang sebarang benang

 Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)


Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS


Bukan benang sebarang benang,

Benang diguna untuk menjahit kain;

Tempat jatuh lagikan dikenang,

Inikan pula tempat bermain.


Sarapan di Thirty8, Grand Hyatt Kuala Lumpur


Dalam Bilik 3408, Grand Hyatt Kuala Lumpur


Menara Berkembar PETRONAS, 
dari arah NZ CURRY HOUSE, Jalan Ampang

Selasa, 29 Rabiulakhir 1442H


Tuesday, November 17, 2020

Jujurkah kita dalam memartabatkan bahasa Melayu?

 Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)




Semenjak sekian lama, mungkin dari zaman British lagi, kesemua “gantry signage” untuk jalan susur keluar dari lebuh raya/jalan persekutuan/jalan negeri, menggunakan perkataan bahasa Inggeris, iaitu “EXIT”. 

 

Penulis merasakan bahawa setelah kita menyambut kemerdekaan kali ke-63 baru-baru ini, maka sudah sampai masanya perkataan “EXIT” diguna dalam dwibahasa, iaitu “EXIT” dan “SUSUR KELUAR” pada “gantry signage”. Penggunaan dwibahasa ini sudah pun diguna pakai di Arab Saudi dan lain-lain negara seperti Jepun dan Thailand.




Dengan semangat yang ada, penulis sendiri telah pun memulakan inisiatif ini, secara bersendirian, terlebih dahulu, seperti kronologi di bawah. Pada asasnya, penulis telah berkomunikasi dengan dua entiti yang terlibat secara langsung dengan isu ini, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Penulis merasakan bahawa:

Bukan laksa sebarang laksa,

Laksa dibawa dari Selama,

Bukan bahasa sebarang bahasa,

Memartabatkan bahasa Melayu perkara utama.

 

Kronologi yang dilalui oleh penulis adalah seperti berikut:

 

29 Mei 2020. Penulis menghantar e-mel kepada Bahagian Aduan di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di aduan@llm.gov.my dengan cadangan agar perkataan “EXIT” ditukar kepada “SUSUR KELUAR”, atau gunakan kedua-duanya sekali. Tiada apa-apa reaksi dari LLM.

 

02 Jun 2020. Penulis menghantar tweet kepada Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Hj. Yusof @PetraJayaMP dengan cadangan yang sama seperti aduan ke LLM. Mungkin beliau terlepas pandang dengan tweet ini, kerana sehingga kini, tiapa apa-apa reaksi diterima dari ahli politik ini.

 

09 Jun 2020. Memandangkan penulis tidak menerima jawapan dari Menteri berkenaan, penulis telah mengorak langkah baharu dengan menghantar e-mel kepada Ketua Pengarah DBP, iaitu Datuk Haji Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran. Dalam e-mel tersebut, penulis memohon pandangan/nasihat dari DBP tentang cara untuk bergerak ke hadapan bagi memenangi isu penggunaan perkataan “EXIT” ini. Dalam balasan pada hari yang sama, beliau menulis, “DBP akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kerja Raya”. Penulis telah juga membuat tindakan susulan sebanyak dua kali, iaitu pada 3hb. & 7hb. Julai 2020. 

 

17 Julai 2020. Kegelisahan penulis mula dirasa setelah pihak DBP tidak memberikan apa-apa jawapan walaupun sesudah dua kali membuat tindakan susulan, secara terus kepada Ketua Pengarah. Penulis menghantar satu lagi e-mel kepada DBP, bertanyakan mengapa pihak DBP berdiam diri sahaja.

E-mel ini juga telah disalinkan kepada Pengerusi, Jawatankuasa Pengelola DBP, iaitu Profesor Datuk Dr. Awang bin Sariyan. Syukur, pada hari yang sama, Ketua Pengarah DBP membalas e-mel saya. Katanya, “saya akan minta Ketua Bahagian Penguatkuasaan memberikan penjelasan kepada tuan”.

Dalam e-mel balasan kepada penulis, Puan Nor Hamuni binti Ibrahim @ Md. Yasin, iaitu Perancang Bahasa, merangkap Ketua Bahagian Penguatkuasaan DBP, berkata, “DBP telah menghantar surat teguran kepada Ketua Pengarah LLM pada 15 Jun 2020. Setakat ini, pihak kami masih belum menerima maklum balas daripada pihak LLM tentang teguran tersebut”.

 

Untuk rekod, penulis ada meminta salinan surat teguran tersebut daripada Ketua Pengarah DBP. Sebagai balasan, beliau berkata, “Surat ini kami kategorikan sebagai sulit. Kami akan membuat teguran berterusan kepada pihak yang berkenaan”.

 

23 Julai 2020. Penulis selalu memikirkan bahawa apa jua komunikasi yang kita lakukan dengan pihak lain, ia kenalah melalui proses tindakan susulan. Di atas kesedaran ini, penulis telah menulis satu lagi e-mel kepada Ketua, Bahagian Penguatkuasaan DBP. Penulis berkata, “Sekiranya pihak DBP masih belum menerima apa-apa jawapan dari LLM, maka sewajarnyalah pihak puan juga membuat “follow-up” dengan mereka”.

 

 Untuk rekod, pada 27 Julai 2020, Ketua Bahagian Penguatkuasaan DBP ada membalas e-mel daripada penulis. Dalam e-mel tersebut, beliau berkata, “Sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik dan betul”.

 

Dalam tempoh masa dua (2) bulan, iaitu Jun dan Julai, 2020, penulis masih belum mendapat perkhabaran positif tentang isu “EXIT” ini. Pada fikiran penulis, eloklah juga penulis berkomunikasi dengan pihak LLM pula. Jika dilihat pada permulaan episod ini, penulis ada menyebut bahawa komunikasi pertama adalah penghantaran e-mel kepada Bahagian Aduan, LLM, pada 29 Mei 2020.

 

24 Julai 2020. Penulis telah menghantar e-mel sekali lagi kepada Bahagian Aduan LLM, bertanyakan mengapa aduan saya yang dihantar pada 29 Mei 2020 tidak dijawab. Dengan e-mel susulan dari penulis tersebut, pihak LLM telah membalas pada hari yang sama, sekali gus memberi Nombor Rujukan Aduan: 090B-2020. Dalam e-mel balasan kepada penulis, LLM menulis, katanya, “LLM akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera berhubung isu-isu yang dibangkitkan yang berada di dalam bidang kuasa LLM. Maklum balas akan dikemukakan kepada tuan dalam kadar segera sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan”.

 

11 Ogos 2020. Selepas lapan belas (18) hari berlalu, penulis menerima jawapan daripada LLM, melalui e-mel, yang dihantar oleh Puan Noradilah binti Rosle, Pembantu Tadbir (P/O), Unit Perhubungan Awam, Bahagian Sumber Manusia & Korporat, LLM. Ringkasan jawapan yang diterima dari mereka bolehlah disimpulkan seperti berikut:

(i)             Cadangan yang dikemukakan oleh penulis adalah baik dan salah satu usaha dalam memartabatkan bahasa Melayu.

(ii)          Perkataan “EXIT” yang digunakan di papan tanda adalah sebagai indikasi “KELUAR” merupakan satu perkataan “common” dan mudah difahami oleh mana-mana bangsa seluruh dunia.

(iii)      Cadangan untuk menggantikan “EXIT” memerlukan ruang yang lebih besar dan memberi kesan terhadap keseluruhan struktur dan saiz reka bentuk papan tanda.

(iv)          LLM mengambil maklum dengan cadangan penulis dan pihak LLM akan sentiasa mengemaskini garis panduan papan tanda berkaitan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa, jika perlu.

Penulis merasakan bahawa jawapan daripada LLM itu adalah sabagai “status quo”, maknanya tiada apa-apa perubahan akan dilakukan terhadap penggunaan perkataan “EXIT” dalam dwibahasa di papan tanda, iaitu “EXIT” dan “SUSUR KELUAR” seperti yang dicadangkan oleh penulis.

 

Titik tolak dari suasana begini, penulis memikirkan pula tentang mempraktikan “resourcefulness”. Bukannya apa-apa, penulis hanya ingin mencuba lain-lain kaedah yang mungkin boleh membantu menrealisasikan idea supaya perkataan “EXIT” di papan tanda boleh digunakan dalam dwibahasa, sementelah kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-63, pada 31 Ogos 2020.  

 

13 Ogos 2020. Setelah berfikir sejenak, penulis mendapat ilham untuk berkongsi apa yang terbuku di hati bersama-sama dengan ahli-ahli Yang Berhormat (YB) atau pun “lawmakers” di Parlimen Malaysia, melalui media sosial, twitter. Melalui twitter penulis, Kamaruddin Hassan @HassKamar, penulis telah tweet kepada Parlimen Malaysia @MYParlimen, seperti berikut: “Mohon YB di Parlimen Malaysia membuka mulut fasal penggunaan “EXIT” sahaja di “gantry signage”, sejak zaman British. Elok guna dwibahasa (“EXIT” dan “SUSUR KELUAR”) seperti di Saudi Arabia”.

 

Tweet tersebut telah juga disalinkan kepada LLM @LLMrasmi; Ketua Pengarah, LLM @LLMKP; DBP @DBPMalaysia; Kementerian Kerja Raya @MOWorks; dan Jabatan Kerja Raya Malaysia @JKRMalaysia.

 

Pada hari yang sama, Ketua Pengarah LLM, Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi bin Hassan telah membalas tweet saya. Katanya, “Nanti saya atur perbincangan untuk jelaskan isu ini kepada tuan. Sila hubungi kami di LLM atau kemukakan nombor telefon tuan untuk saya hubungi. Terima kasih”. Penulis telah memberikan nombor telefon untuk dihubungi dengan menghantar e-mel kepada Bahagian Aduan, aduan@llm.gov.my.

Sementara itu, penulis ada juga menulis di twitter di atas topik yang sama, dalam bentuk puisi:

Bukan rusa sebarang rusa,

Rusa putih minum di perigi,

EXIT di Saudi Arabia dwibahasa,

Di Malaysia pula bila lagi.

 

14 Ogos 2020. Lebih kurang pukul 11:00 pagi, dalam persiapan penulis untuk menyediakan apa-apa yang perlu untuk pergi solat Jumaat, penulis menerima panggilan telefon dari staf LLM. Katanya, pejabat Ketua Pengarah akan menghubungi penulis untuk sebuah sesi penerangan tentang isu “EXIT” ini.

 

Tiga (3) bulan telah pun berlalu. Sehingga rencana ini ditulis, tiada apa-apa berita atau pun reaksi yang penulis terima dari LLM mahu pun DBP, seakan-akan isu ini dilupakan begitu sahaja. Ada dua (2) persoalan; pertamanya, jujurkah kita dalam memartabatkan bahasa Melayu?  Persoalan yang kedua, adakah “EXIT” ini akan digunakan sehingga kiamat, tanpa penggunaan dwibahasa, iaitu “EXIT” dan “SUSUR KELUAR”?   


Selasa, 01 Rabiulakhir 1442H


Sunday, October 25, 2020

Say NO to Emergency

 Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)










Ahad, 08 Rabiulawal 1442H

Saturday, October 17, 2020

Bukan julap sebarang julap

 Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)



Bukan julap sebarang julap,

Julap dibawa dari Kuala,

Dahulu aset ini separuh bergelap,

Sekarang WE LOVE SHAH ALAM sudah menyala.







Sabtu, 29 Safar 1442H


Saturday, October 10, 2020

Sampai bila nak guna Exit?

 Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)





Seperti disiarkan dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA, Sabtu, 10 Oktober 2020, 

ruangan Forum, muka surat 18.




Sabtu, 22 Safar 1442H





Thursday, September 3, 2020

Di Malaysia, EXIT diguna sampai kiamat

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)



Bukan angsa sebarang angsa,
Angsa dibawa dari Keramat,
Di Saudi Arabia EXIT sudah dwibahasa,
Di Malaysia EXIT diguna sampai kiamat.








Khamis, 15 Muharam 1442H


Monday, August 31, 2020

HARI KEMERDEKAAN KE-63

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)   



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
YANG KE-63
PADA 31 OGOS 2020.









Isnin, 12 Muharam 1442H


Wednesday, August 12, 2020

EXIT di Malaysia dwibahasa bila lagi

Assalamualaikum Wa Rahmatullah
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)




Bukan rusa sebarang rusa,
Rusa putih minum di perigi,
EXIT di Saudi Arabia dwibahasa,
Di Malaysia pula bila lagi.

Rabu, 22 Zulhijah 1441H


Monday, August 10, 2020

Perhentian bas tidak berlampu

 Assalamualaikum  Wa Rahmatullah,

(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)



TERIMA KASIH banyak-banyak diucapkan kepada Pengarang, ruangan Forum, akhbar UTUSAN MALAYSIA yang telah sudi siarkan penulisan saya pada hari ini (Isnin, 10 Ogos 2020).


Penulisan saya adalah bertujuan untuk #MenambahNilaiKepadaKomuniti. Komuniti saya adalah Bandar Raya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.



Moga dengan siaran ini, pihak berkuasa, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dapat mengambil tindakan dengan kadar segera untuk perbetulkan keadaan. 


Isnin, 20 Zulhijah 1441H

Tuesday, July 14, 2020

Mural Gergasi Di Seksyen U12, SHAH ALAM

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)



Mural gergasi ini terletak di JALAN SELASIH K U12/K, SEKSYEN U12, BANDAR RAYA SHAH ALAM. 

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan berangkat melawat mural gergasi ini pada Jumaat, 10 Julai 2020, bersamaan dengan 18 Zulkaedah 1441H.



Pada 10 Julai 2020, kita berada dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-115 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ke-31.  

Saya berkesempatan melawat serta bergambar di lokasi tersebut pada Selasa, 14 Julai 2020. Selain bergambar disisi mural gergasi Tuanku, saya juga bergambar disisi mural gergasi Y.B. Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).







Selasa, 22 Zulkaedah 1441H


Thursday, June 25, 2020

Continue doing your best for community

Assalamualaikum Wa Rahmatullah
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)



Continue doing your best in helping the community, even if people don't give you credit.

twitter: @HassKamar

Khamis, 03 Zulkaedah 1441H




Friday, June 5, 2020

Sebuah perumpamaan baharu tercipta sudah

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,




Kawan sekolah bernama Puteri,
Suka memakai gelang emas,
Rambutku "Seperti rambut menteri",
Kelihatan pendek dan kemas.


Jumaat, 05 Jun 2020; 13 Syawal 1441H
Perintah Kawalan Pergerakan hari ke-80



Sunday, May 24, 2020

AIDILFITRI 1441H

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)


Salmah Che Din pandai menari,
Orangnya comel serta peramah,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Lebih selamat duduk di rumah.

Ahad, 24 Mei 2020, 1 Syawal 1441H
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari yang ke-68



Thursday, May 21, 2020

SEPERTI RAMBUT MENTERI

Assalamualaikum Wa Rahmatullah
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)


Dalam suasana Norma Baharu atau "New Norm", saya cuba cipta sebuah perumpamaan baharu: SEPERTI RAMBUT MENTERI.

Ia membawa maksud: Rambut seseorang yang kelihatan pendek dan kemas.


Artikel pendek ini ditulis dalam suasana "Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)", hari yang ke-65, iaitu pada Khamis, 21 Mei 2020, bersamaan dengan 28 Ramadan 1441H.

Saya mendapat ilham untuk mencipta perumpamaan ini kerana terpandang kepada para menteri yang mana rambut mereka kelihatan pendek dan kemas, walaupun Kedai Gunting Rambut masih belum diberikan kebenaran untuk beroperasi.

Rambut rakyat biasa, termasuk saya, sudah pun panjang.

Khamis, 28 Ramadan 1441H








Tuesday, March 24, 2020

INVALUABLE GIFT FROM LONDON


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)



Selasa, 29 Rejab 1441H

Monday, March 2, 2020

Bukan Lada Sebarang Lada

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,




Bukan lada sebarang lada,
Lada dibawa dari Kota Raja,
PM ke-8 sudah pun ada,
Rakyat bolehlah tumpu kepada kerja.


Isnin, 07 Rejab 1441H


Friday, February 28, 2020

All Good Things Must Come To An End

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)

All Good Things Must Come To An End

Jumaat, 04 Rejab 1441H


Sunday, February 23, 2020

People in the 1st Group

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)



Basically, in many circumstances, there are 3 groups of people:
- those who help to make things happen,
- the bystanders,
- the uninterested.

Ahad, 29 Jamadilakhir 1441H


Sunday, February 2, 2020

Lighted Bus Stop in Shah Alam

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)


This lighted bus stop doesn't just provide shelter, it provides a safe ambience.


Location: Jalan Liku 8/1, Section 8, Shah Alam
Selangor, MALAYSIA


Ahad, 08 Jamadilakhir 1441H