Tuesday, June 24, 2014

Kisah anak penarik beca





Saya telah terbaca sebuah penulisan yang melekat dihati sanubari pada pagi tadi, Selasa, 24 Jun 2014 (bersamaan 26 Syaaban 1435H).

Artikel tersebut bertajuk "Kisah anak penarik beca", disiarkan dalam sisipan akhbar Utusan Malaysia, mode. Ianya ditulis oleh saudara Saharudin Mohd Musthafa, iaitu wakil Utusan Malaysia di Jakarta, Indonesia.

Setelah saya meyemak nota didalam buku saya, didapati saya pernah menulis kepadanya beberapa ketika dahulu. Tanpa berlengah, saya telah menulis email kepadanya memohon kebenaran sekiranya dapat saya siarkan artikel yang berkualiti ini di dalam blog saya, yang tidak seberapa ini.

Alhamdulillah, saudara Saharudin melalui emailnya sebentar tadi, membenarkan saya menyiarkan artikel ini di dalam blog saya.

Artikel ini menceritakan tentang seorang ayah yang bernama Mugiyono bersama anak perempuannya, Raeni. Si ayah telah membawa anaknya menghadiri majlis konvokesyen dengan menaiki beca yang dikayuhnya sendiri. Mengayuh beca adalah pekerjaan hariannya.

Raeni muncul sebagai mahasiswa terbaik di Universiti Negeri Semarang (Unnes) daripada kalangan 955 pelajar jurusan ekonomi, pada 10 Jun lalu. Beliau seterusnya berazam untuk menyambung pengajian dalam jurusan sarjana di United Kingdom.

Raeni pernah berpeluang mengajar di Sekolah Agama Menengah Rawang selama dua bulan.

Moga artikel ini memberikan semangat kepada pembaca semua. Kemiskinan hidup bukan penghalang untuk kita menempah kejayaan untuk keluarga.

Terima kasih saudara Saharudin Mohd Musthafa kerana sudi memberi izin kepada saya menyiarkan artikel ini di dalam blog saya. Moga saudara akan terus berjaya dan maju kehadapan, insya-Allah.



26 Syaaban 1435H

No comments:

Post a Comment