Wednesday, November 19, 2014

Kehidupan sederhana nan berkat


Assalam,



Menulis di blog hari Rabu
Selepas selesai sarapan pagi
Didoakan ayah dan ibu
Hidup insya-Allah tidak rugi



(i) Antara tanda rezeki berkat

(ii) Jauhi sifat tamak

(iii) Zikir membawa berkat

(iv) Rezeki datang jika rajin bekerja

(v) Melabur dapat menambah pendapatan

(vi) Kemuliaan datang dengan beribadat


26 Muharam 1436H


8 comments:

  1. Assalamualaikum tuan,
    Salam ketemu....
    Nice blog...
    Banyak pantun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sdr. Mohamad Alias, terima kasih di atas compliment.

      Blog anda pun penuh berwarna, canggih.

      Malik niaga menjual pengat
      Dia visualise menjadi kaya
      Blog anda membakar semangat
      Salam hormat dari saya

      Kamaruddin B Hassan

      Delete
  2. Saya dah lama tak menulis,,, Bergantung pada mood.. Blog saya juga sederhana.. masih banyak kene baiki dr segi penulisan dan tata rias... saya baru terbaca email tuan di gmail setelah setahun lebih.. maaf lama tak buka email tersebut.. saya nak balas pantun belum ada idea. tapi akan diusahakan... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Mohamad Alias boleh terus menulis di blog.

      Kita kongsikan ilmu yang kita ada dengan para pembaca. Moga mereka dapat manfaat.

      Yang baik kita jadikan teladan, yang tidak elok kita jadikan sempadan.

      Terima kasih.

      Kamaruddin B Hassan

      Delete
  3. salam kenal & follow sini...jarang sekali terjumpa blog lelaki kaler pink/merah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sdri. Kamsiah Yusoff.

      Warna pink/merah menjadi pilihan sebab ia cerah. Juga warna kegemaran my two daughters. Lain-lain warna bimbang di salah tafsir pula.

      Darjah SMN bergelar Tun
      Untuk menerimanya cukup payah
      Orang Melayu kurang berpantun
      Padahal bahasanya bertaraf ilmiah

      Terima kasih

      Kamaruddin B Hassan

      Delete
  4. En. Kamaruddin, saya tak pandai dan tak pernah berpantun pun... tapi anak perempuan saya dan kumpulannya baru-baru ni telah menjadi naib johan berpantun negeri Perlis.

    Tapi apa pun saya nak try jugaklah;

    Buah pisang hanya seikat
    Habis di makan oleh pak Mat
    Bila bekerja suka mengelat
    Tentulah hasilnya tidak berkat

    Pedas sambal kerana cili
    Digoreng pula dalam kuali
    Org tamak memang selalu rugi
    Tapi ada ke yang kisah lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam saudari,

      Diucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan anak perempuan anda dan kumpulannya menjadi Naib Johan Berpantun Negeri Perlis.

      Orang ke zoo melawat panda
      Tidak dibuka waktu malam
      Bagus betul pantun anda
      Tampak biasa tetapi mendalam

      Macho dimasukkan ke Hospital Hainan
      Dia demam serta selesema
      Putaran hidup kita berlainan
      Matlamat ke syurga adalah sama

      Terima kasih.

      Kamaruddin B Hassan

      Delete