Thursday, April 16, 2015

Ikhlas dan Integriti


Assalam,


Bila raya pulang ke Perlis
Jauh dari Negeri Kelantan
Saya baharu belajar menulis
Jemput baca jika berkesempatan


(1) Ikhlas berusaha inspirasi tuai kejayaan [16 April 2015]



Linda R. Dominguez dalam bukunya, How To Shine At Work, ada menulis mengenai subjek keikhlasan. Beliau berkata: “Sekiranya anda ada sesuatu perkara yang hendak diperkatakan kepada orang lain, lakukan dengan berterus terang. Jangan gunakan cara  karut-marut apabila berurusan dengan mereka”.

Beliau juga menambah: “Jauhilah daripada membuat janji yang berlebihan atau menawarkan terlalu banyak komitmen. Usah membesar-besarkan perkara yang kecil, atau menggunakan cara yang kurang beretika dengan tujuan supaya orang mempercayai cakap anda”.

Dominguez juga memberikan satu nasihat yang berguna untuk kita renungkan bersama. Beliau berkata: “Bertuturlah dengan cara bersungguh-sungguh. Cara anda memperkatakan sesuatu adalah lebih penting daripada apa dilafazkan”.    

Hasil buku mengenai keikhlasan
Penulisan agak terperinci mengenai subjek keikhlasan turut dihasilkan seorang penulis Amerika yang masyhur, Napoleon Hill. Nama beliau memang tidak asing lagi bagi mereka yang suka membaca buku motivasi.
Dalam bukunya, A Year Of Growing Rich, keikhlasan adalah antara bab yang menarik untuk diperkatakan.
Beberapa tahun sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, seorang gadis remaja bernama Martha McChesney Berry menubuhkan sebuah sekolah untuk kanak-kanak di kawasan pergunungan Lavender Mountain di sebelah utara Georgia, sebuah negeri di Amerika Syarikat.  Kanak-kanak lelaki dan perempuan ini dipilih daripada keluarga kurang berkemampuan yang mana ibu bapa mereka tidak berdaya untuk membayar yuran bulanan.

Martha menghadapai sedikit kepayahan dari segi kewangan untuk mentadbir sekolahnya pada peringkat awal. Beliau berusaha berjumpa dengan seorang ahli perniagaan yang juga pembuat kereta yang terkenal, Henry Ford untuk memohon sedikit bantuan.

Dalam sesi pertemuan dengan Ford, Martha menerangkan apa yang beliau telah dan sedang lakukan di sekolahnya. Dengan rasa rendah hati, beliau meminta sedikit derma, tetapi Henry Ford enggan memberi. Walaupun gugup dengan penolakan itu, Martha masih memberanikan diri, sambil berkata: “Baiklah tuan. Jika begitu, bolehkah tuan memberikan sebusyel kacang tanah kepada kami?”. Busyel ialah unit ukuran untuk biji-bijian, kira-kira lapan gelen.      

Permintaan yang aneh itu menyukakan hati Ford dan beliau memberikan sedikit wang kepada gadis itu untuk membeli kacang tanah. Martha dan pelajarnya menanam kacang tanah berkenaan dan hasilnya dijual di pasar. Pendapatan dari jualan itu amatlah lumayan sehingga mereka dapat mengumpul sejumlah wang yang agak banyak.  

Beberapa ketika selepas itu, Martha sekali lagi berjumpa Ford dengan tujuan memulangkan kembali wang yang iberikan dahulu. Katanya: “Tuan Ford, kami sudah menggunakan duit yang tuan dermakan dahulu dan berusaha menanam kacang tanah dengan pendapatan yang agak lumayan. Kami sekarang sudah agak selesa dan boleh berdikari”.

Beliau menambah, “Kami ingin memulangkan duit yang tuan dermakan dahulu”.

Ford kagum sifat positif gadis
Ford begitu kagum sekali dengan sikap positif gadis berkenaan.  Diceritakan bahawa Ford memberikan sumbangan dalam bentuk traktor dan lain-lain perkakas perladangan untuk membantu sekolah berkenaan mengusahakan ladang kacang tanah dengan lebih teratur dan efisien.

Dalam tahun-tahun yang berikutnya, Ford memberikan wang melebihi USD1 juta (kira-kira RM3.6 juta) untuk membina bangunan sekolah yang baharu. Ford berkata: “Saya begitu kagum dengan keikhlasan gadis berkenaan serta cara yang digunanya begitu menakjubkan sekali untuk membantu para pelajar lelaki dan perempuan.”   

Martha tidak berhenti berusaha dalam meningkatkan pelajaran untuk kanak-kanak yang kurang berkemampuan . Dari sebuah sekolah yang kecil ia kini telah menjadi kolej - Berry College yang mana kampusnya terletak di pekan Rome, Georgia. Di hadapan pintu masuk utama kampusnya, ada papan tanda yang tertulis Berry College Gate of Opportunity.   

Dari cerita ini, sememangnyalah sesuatu kejayaan boleh dicapai jika seseorang itu membuat apa juga kerja dengan hati yang ikhlas untuk membantu orang lain.

Kamaruddin Hassan
Bekas pengurus sebuah GLC,
Shah Alam



(2) Contohi pemimpin berintegriti [16 April 2015]




 26 Jamadilakhir 1436H




2 comments:

  1. Kekhlasan Martha melakukannya memberikan ganjaran seperti yang diinginkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saudari.

      Saya telah google berkenaan cerita Martha ini. Ini memang cerita betul.
      Pada hayat mereka, Martha menjadi rakan baik Ford secara profesional. Ini satu lagi kejayaan, tiada kepentingan peribadi.

      Terima kasih kerana membaca cerita ini serta memberi komen.

      Warm regards,

      Kamaruddin b Hassan

      Delete