Thursday, November 19, 2015

Puisi Pepatah MELAYU



Assalamualaikum,

Ketika di Terengganu makan laksa
Restoran bernama Seri Tinta
Menulis puisi kenalah sentiasa
Memperkasakan bahasa Melayu kita



(1) Benih yang baik

Di Indonesia ada Gunung Daik
Ia terletak di kepulauan Riau
Jika asalnya benih baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

(2) Cara mendapat sagu

Jalan ke surau gunakan payung
Payung merah isteri punya
Jika tidak dipecahkan ruyung
Manakan hendak dapat sagunya

(3) Pohon bergoyang kerana angin

Sedap rasanya Nasi Beringin
Makan ketika di Pasar Payang
Jika tidak kerana angin
Pohon kayu mahukah bergoyang

(4) Air keruh di hulu dan hilir

Selepas berlari badan berpeluh
Minum air dari telaga
Jika di hulu airnya keruh
Di hilirnya tentulah begitu juga

(5) Apabila hati mula membenci

Makan pagi di Bandar Melaka
Disaji dengan kuih bingka
Jika hati tidak suka
Madu diminum terasa cuka


Khamis, 7 Safar 1437H
 
 



No comments:

Post a Comment