Assalamualaikum,
(1)
Sungguh pantas masa berlalu
Tahun Masihi bertukar lagi
Rasa hendak pulang ke hulu
Pasti rindu mandi di perigi
(2)
Hasliza tinggal di Taman Desa
Sayangnya dia sudah berpunya
Tahun Masihi kita biasa
Tahun Hijrah sama pentingnya
(3)
Tahun lepas bercuti ke Krabi
Tahun depan mungkin ke Satun
Syair popular di zaman Nabi
Rumpun Melayu pula berpantun
(4)
Cuaca panas hampir sebulan
Langit biru kurang berawan
Tahun Hijrah menjadi amalan
Masihi pula sebagai kawan
(5)
Selepas mandi rambut disikat
Sikat dibeli di Kedai Wahi
Syukur selesai membayar zakat
Sebelum berakhir tahun Masihi
20 Rabiulawal 1437H
Bangun pagi mengetam Papan,
ReplyDeleteSeni halus ukiran tangan,
2015 perginya kenangan,
2016 menyambut harapan!
http://maafituindah.blogspot.my/2015/12/kembara-turki-my-dream-come-true.html
Indahnya Hospital Shah Alam
DeleteSunyi sedikit di waktu pagi
Sesama Terengganu berkirim salam
Bukan kita siapa lagi