Assalamualaikum,
(2)
Hamba mensyukuri nikmat ALLAH,
Cuti sekolah melawat kebun Pak Dollah,
Mengait buah rambutan gunakan galah,
Biasanya pergi dengan si dialah.
Latar belakang: World Trade Centre Building, NEW YORK
Sabtu, 24 November 1979
(3)
Hamba mensyukuri nikmat ALLAH,
Biarlah daku mengalah sebelum berbalah,
Bukan bererti hamba bersalah,
Mana mungkin bertepuk tangan sebelah.
Tanda-tanda arah di kawasan Masjidilharam, MAKKAH
April 2013
Gambar oleh Kamaruddin Hassan
(4)
Nikmat ALLAH hamba syukuri,
Biarlah saya yang mengundur diri,
Tampak tidak selesa pergerakan saudari,
Walaupun merasa sedih dalam sanubari.
Latar belakang: The Leaning Tower of Pisa, ITALY
Selasa, 22 April 1986
Gambar oleh Salahudin Yusof
(5)
Nikmat ALLAH hamba syukuri,
Terasa kesayuan di pagi hari,
Daku meluangkan masa bermuhasabah diri,
Agar fokus kehidupan tidak lari.
Latar belakang: Buckingham Palace, LONDON
Rabu, 6 Oktober 2010
Gambar oleh Syazana Kamaruddin
(6)
Nikmat ALLAH hamba syukuri,
Bibit permusuhan jangan dicari,
Perkataan benci keluarkanlah dari diari,
Ada ketika kita kena berdikari.
Latar belakang: Cardiff Castle, WALES
Ahad, 1 Julai 2009
Gambar oleh Dr. Rokiah Hassan
(7)
Nikmat ALLAH hamba syukuri,
Kita jadilah tangan yang memberi,
Ambien ceria sudah saya cari,
Sehinggakan usia bertambah tidak disedari.
Stesen Underground di High Street Kensington, LONDON
September 2010
Gambar oleh Kamaruddin Hassan
Selasa, 25 Rejab 1437H
InsyaAllah.....memang patut kita sentiasa bersyukur... Tema yg sesuai dan membuat kita humble....
ReplyDeleteSdr. Zainudin,
DeleteKalau kita bersyukur dengan nikmatNya, ALLAH akan mengandakan nikmat.
Affection and sadness are inseparable, even Nabi Muhammad SAW pun bersedih.
Adalah hikmahnya itu.
InsyaAllah.....memang patut kita sentiasa bersyukur... Tema yg sesuai dan membuat kita humble....
ReplyDeleteBuah duku buah pulasan,
DeleteDurian sememangnya jadi tumpuan,
Sesekali juga daku perasan,
Terkenang akan dirimu tuan.