Friday, November 18, 2016

Syukur ALLAH izinkan hidup ke usia emas


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


(1)
Surau Ar-Rahmah, Jalan Liku A 8/A, Seksyen 8, Shah Alam, Selangor
Tarikh: 18 Ramadan 1437H [23 Jun 2016]; sebelum azan subuh

Walaupun demam Din pergi ke Gemas,
Berhenti di restoran sambil makan ubat,
ALLAH izinkan hidup ke usia emas,
Ambillah kesempatan beramal serta bertaubat.


(2)
Ambien di Pasar Seksyen 6, Shah Alam, Selangor
Jumaat, 18 Safar 1438H [18 November 2016]

Di usia emas ambien damai terasa,
Hati dan fikiran senantiasa lega,
Menulis puisi di Jumaat dan Selasa,
Dengan izin ALLAH yang esa.


(3)
Di perkarangan The White House, Washington, D.C.
Sabtu, 30 Disember, 1978

Melawat White House hari Sabtu,
Selepas bergambar baru terasa lega,
Warga emas mengundi di Saluran Satu,
Setiap undi dikira amatlah berharga.


(4)
Jemaah mendengar Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, 
Shah Alam, Selangor

Amin suka mengail ikan kurau,
Telefon bimbit di simpan dalam seluar,
Warga emas elok berulang-alik ke surau,
Jangan biar diperalatkan pihak luar.
(5)
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor

Selepas Ramadan datang pula Syawal,
Semasa Aidilfitri pulang ke Bandar Serian, 
Warga emas melaburlah dari awal,
Dapat juga membantu perbelanjaan harian.

Jumaat (penghulu hari), 18 Safar 1438H

 

No comments:

Post a Comment