Thursday, May 21, 2020

SEPERTI RAMBUT MENTERI

Assalamualaikum Wa Rahmatullah
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)


Dalam suasana Norma Baharu atau "New Norm", saya cuba cipta sebuah perumpamaan baharu: SEPERTI RAMBUT MENTERI.

Ia membawa maksud: Rambut seseorang yang kelihatan pendek dan kemas.


Artikel pendek ini ditulis dalam suasana "Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)", hari yang ke-65, iaitu pada Khamis, 21 Mei 2020, bersamaan dengan 28 Ramadan 1441H.

Saya mendapat ilham untuk mencipta perumpamaan ini kerana terpandang kepada para menteri yang mana rambut mereka kelihatan pendek dan kemas, walaupun Kedai Gunting Rambut masih belum diberikan kebenaran untuk beroperasi.

Rambut rakyat biasa, termasuk saya, sudah pun panjang.

Khamis, 28 Ramadan 1441H








No comments:

Post a Comment