Thursday, November 19, 2015

Puisi Pepatah MELAYU



Assalamualaikum,

Ketika di Terengganu makan laksa
Restoran bernama Seri Tinta
Menulis puisi kenalah sentiasa
Memperkasakan bahasa Melayu kita



(1) Benih yang baik

Di Indonesia ada Gunung Daik
Ia terletak di kepulauan Riau
Jika asalnya benih baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

(2) Cara mendapat sagu

Jalan ke surau gunakan payung
Payung merah isteri punya
Jika tidak dipecahkan ruyung
Manakan hendak dapat sagunya

(3) Pohon bergoyang kerana angin

Sedap rasanya Nasi Beringin
Makan ketika di Pasar Payang
Jika tidak kerana angin
Pohon kayu mahukah bergoyang

(4) Air keruh di hulu dan hilir

Selepas berlari badan berpeluh
Minum air dari telaga
Jika di hulu airnya keruh
Di hilirnya tentulah begitu juga

(5) Apabila hati mula membenci

Makan pagi di Bandar Melaka
Disaji dengan kuih bingka
Jika hati tidak suka
Madu diminum terasa cuka


Khamis, 7 Safar 1437H
 
 



Monday, November 16, 2015

Tart Nanas A&N DELICA


Assalamualaikum,


Jika pergi ke Bandar Pekan
Jangan lupa beli tauhu
Tart nanas sedap dimakan
Rasa sendiri baharu tahu






Isnin, 4 Safar 1437H
 

Monday, November 9, 2015

Puisi Nabi Muhammad SAW



Assalamualaikum,




(1)
Bapa Nabi bernama Abdullah
Ibunya pula ialah Aminah
Baginda adalah kekasih ALLAH
Tegakkan negara Islam di Madinah

(2)
Bot Sedili membawa timah
Untuk dibawa ke Batu Rakit
Semasa kecil baginda di khemah
Ambien desert menjauhi penyakit

(3)
Akhir bulan cuti sekolah
Sesuai untuk pergi berkelah
Pemimpin agung baginda Rasulullah
Bijaksana dan tidak rasuah

(4)
Ramainya penduduk di Shah Alam
Perwatakan mereka agak peramah
Nabi ringkaskan makna Islam
Berimankan ALLAH dan istiqamah

(5)
Haji dikerjakan selepas umrah
Kedua-kedua kena tawaf di Baitullah
Baginda pandai menahan marah
Antara sifat terpuji Rasulullah

Isnin (hari Nabi lahir dan wafat) 
27 Muharam 1437H


Saturday, November 7, 2015

Puisi Aku YANG BERHORMAT (selepas PRU14)


Assalamualaikum,


Pilihan Raya Umum sudah pun berhenti

Berkeputusan partiku menang dengan majoriti
Aku bergelar Yang Berhormat kini
Akan memasuki Parlimen tidak lama lagi

Melawat kawasan mengikut jadual adalah pasti
Keperluan mereka akan diteliti
Melafaz taat setia kepada parti
Suruhan ALLAH tidak dilupakan sekali-kali

Sekarang kenalah pandai mengurus masa
Untuk beribadat kerja dan keluarga
Dengan petunjuk ALLAH yang maha esa
Daku akan selalu jujur dan berwaspada

Aku tekad menjalankan tugasan dengan saksama
Tunjuk ajar positif akan ku terima
Soal rasuah tidak terlintas di dalam dada
Di malam hari daku mahu tidur lena
 
Peluh meleleh di dahi berselang hari
Kerana bekerja di bawah pancaran matahari
Berkat doa pengundi anak serta isteri
Insya-Allah nanti aku menjadi seorang menteri

Sabtu, 25 Muharam 1437H
 

Thursday, November 5, 2015

Puisi Hujan Rahmat Di Shah Alam


Assalamualaikum,

  
(1)

Hujan rahmat turun di Shah Alam
Nikmat dari ALLAH usahlah kita cemas
Sekalipun guruh dan kilat di waktu malam
Tiada sungutan daku yang berwarga emas

(2)
Hujan rahmat turun di Shah Alam
Guna payung untuk pulang ke rumah
Antara kelakuan baik seorang Islam
Tinggi budi bahasa serta berhemah

(3)
Hujan rahmat turun di Shah Alam
Teringat akan daku ketika bersekolah
Ambien malam agak sedikit kelam
Duduk diam berzikir mengingati ALLAH

(4)
Hujan rahmat turun di Shah Alam
Suasana sejuk menyebabkan rasa ngilu
Mariah dan kawan-kawan jauh berkirim salam
Zainudin yang dekat jumpa selalu

(5)
Hujan rahmat turun di Shah Alam
Ketika di jalanan pulang dari Alamanda
Draf puisi ditulis menggunakan kalam
Salah satu cara daku mengaktifkan minda

Khamis, 23 Muharam 1437H
 

Monday, November 2, 2015

Puisi Mengurus Masa


Assalamualaikum,


 

(1)
Siang dan malam terjadi ciptaan ALLAH
Matahari dan bulan beredar tanpa masalah
Kiranya mengurus masa seperti Rasulullah
Apa kerja dibuat sempurna insya-Allah

(2)
Pergi ke pasar hari minggu dan Selasa
Sesekali beli bahan membuat laksa
Dalam kesibukan kita mengejar masa
Solat berjemaah tunaikanlah seperti biasa

(3)
Di siang hari kita mencari rezeki halal
Makan minum bertoyyibah dalam semua hal
Malam dikhaskan untuk berehat dan beramal
Membaca al-Quran yang terletak di atas rehal

(4)
Kawasan Kampung Kerinchi dahulu dipenuhi setinggan  
Sekarang terdapat banyak bangunan indah tersergam
Kita semua ada kelainan ragam kehidupan
Namun masa membaca hendaklah juga diluangkan

(5)
Sarah dan Syazana suka pergi beriadah
Tidak pernah pun mereka mengadu lelah
Bila melangkah dimulakan dengan bacaan Bismillah
Mereka percaya perjalanan akan dilindungi ALLAH


Isnin, 20 Muharam 1437H