Tempat:
Bumi Malaysia
Tarikh: 1
Zulhijah 1432H (28 Oktober 2011), Jumaat
Sebelum
bertolak jemaah duduk diam
Bersolat
sunat musafir semasa di rumah
Mulakan
perjalanan berpakaian ihram
Jemaah
Haji dan Umrah tetamu Allah
Urutan tarikh-tarikh penting semasa mengerjakan Haji Tamattu' pada 1432H
Tempat daftar di Kompleks Haji Kelana Jaya
Saudara
mara datang pada satu masa
Perasaan
di hati amat membara
Agar
Haji mabrur dapat di rasa
Penulis bersama isteri (tengah, bertali merah di leher) di Kompleks Haji Kelana Jaya
Penulis sedang menunggu bas di Jeddah untuk meneruskan perjalanan ke Makkah
Tempat:
Makkah Al-Mukarramah
Tarikh: 2
Zulhijah 1432H (29 Oktober 2011), Sabtu
Tiba di
Makkah terasa lesu
Perjalanan
dari Jeddah hampir lima jam
Ibadah
Umrah di kerjakan dahulu
Sebab
Haji Tamattu’ jadi pilihan
Isteri penulis, Dr Rokiah di luar King Abdul Aziz Gate selepas selesai mengerjakan Umrah
Tempat:
Makkah Al-Mukarramah
Tarikh: 9
Zulhijah 1432H (5 November 2011), Sabtu
Ibadah Haji
bermula dari Makkah
Berpakaian
ihram menuju Arafah
Dalam
bas niat Haji sambil bertalbiah
Air mata
mengalir pipi pun basah
Para Jemaah Haji beramai-ramai melafazkan talbiah di dalam bas semasa menuju Arafah
Tempat:
Arafah
Tarikh: 9
Zulhijah 1432H (5 November 2011), Sabtu
Wukuf di
Arafah rukun utama Haji
Tempatnya
rasa kelainan menduga hati
Berdoa
untuk diri anak-anak dan isteri
Pipi
basah lagi tiada henti
Ya Allah
ampunlah dosa-dosaku yang lalu
Juga
dosa-dosa kesemua ahli keluarga
Kepada
Engkau sahaja tempat kami mengadu
Tulislah
nama-nama kami dalam syurga
Pelan lokasi khemah jemaah Haji di Arafah (tiada kesempatan untuk mengambil gambar)
Tempat:
Muzdalifah
Tarikh: 9
& 10 Zulhijah 1432H (5 & 6 November 2011), Sabtu & Ahad
Selepas
isyak dari Arafah kami keluar
Mabit di
Muzdalifah buat sebentar
Kawasan
sempit tetapi berpagar
Mengutip
batu tujuh puluh biji untuk melontar
Tempat:
Mina
Tarikh:
10-13 Zulhijah 1432H (6-9 November 2011), Ahad-Rabu
Tinggal
di Mina dalam khemah
Prasarana
mencabar jemaah masih berhemah
Empat
hari melontar serta tahallul di Jamrah
Sebelum menaiki
bas pulang ke Makkah
Pintu masuk Maktab 100 di Mina bagi sebahagian jemaah Haji dari Malaysia
Dr Rokiah bergambar kenangan selepas melontar di salah satu Jamrah
Tabung Haji Travel membekalkan t-shirt berwarna hijau kepada jemaah lelaki untuk tujuan pergi melontar
Penulis sempat merakamkan gambar jemaah Haji dengan membelakangkan bangunan Jamrah
Jemaah Haji Malaysia (berhampiran terowong) dalam perjalanan pulang ke khemah selepas melontar
Tempat: Mina
dan Makkah Al-Mukarramah
Tarikh:
13 Zulhijah 1432H (9 November 2011), Rabu
Dari
Mina ke Makkah hampir satu jam
Bolehlah
mandi dan makan juadah
Tawaf
dan Sa’ie Haji 16 Zulhijah di waktu malam
Ibadah
Haji 1432H sempurnalah sudah
Penulis di tempat sa'ie (di belakang para jemaah sedang sa'ie dari Safa menuju Marwah)
Haji Kamaruddin selepas selesai melakukan Tawaf Haji dan Sa'ie Haji pada 16 Zulhijah 1432H
Dr Hajjah Rokiah bergambar kenangan di hadapan Kaabah di Masjidil Haram
Tempat:
Makkah Al-Mukarramah & Madinah Munawwarah
Tarikh: 6
Muharram 1433H (1 Disember 2011), Khamis
Tawaf wada’
di lakukan tanpa gopoh gapah
Tibalah
masa meniggalkan Makkah
Manaiki
bas lagi menuju Madinah
Untuk
ziarah Rasulullah kekasih Allah
Kaabah yang di rakamkan pada 25 Zulhijah 1432H
Suasana tenteram dapat di saksikan di persekitaran Masjid Nabawi di Madinah
Tempat:
Madinah Munawwarah
Tarikh: 6-15
Muharram 1433H (1-10 Disember 2011)
Solat di
Raudhah dalam Masjid Nabawi
Satu
solat kebaikan seribu kali
Tinggal
di Madinah selama sepuluh hari
Suasana
tenang memohon redha Ilahi
Suasana damai di salah satu penjuru Masjid Nabawi di waktu malam
Ketenangan di waktu pagi di kawasan Masjid Nabawi
Wada’
dengan Nabi Muhammad di lakukan sudah
Kerinduan
padamu sepanjang hayat
Selamat
tinggal wahai Rasulullah
Berilah
syafaat kepada kami di akhirat
Surah dari al-Quran yang di rakamkan di dalam Masjid Nabawi
22 Zulkaedah 1434H
1432 hijrah berlalu sudah..
ReplyDeleteMenggamit memori kenangan terindah..
Perkongsian menarik memberi faedah..
Moga beroleh keredhaan Allah..
Assalam saudara Fuad,
ReplyDeleteBlog saya bukan state-of-the-art punya
Sekadar berkongsi apa ilmu yang ada
Terima kasih anda sudi membacanya
Saya rasa gembira dan berlapang dada
Wasallam,
Kamaruddin Hassan
Assalamualaikum Tuan haji..
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian pengalaman, membacanya membuatkan ummiross terkenangkan pengalaman mengerjakan haji kami juga, sungguh terasa sayu dan rindu.
Waalaikumussalam Ummiross,
ReplyDeleteKita boleh berusaha untuk menjadi tetamu Allah lagi, insyaAllah pergi mengerjakan umrah.
Bagi saya:
Sudah dapat pingat emas dalam usia
Masa bertambah singkat untuk di sia-sia
Membaca al-Quran dan buku agama di berikan masa
Semoga mendapat keredhaan Ilahi jua
Terima kasih.
Kamaruddin Hassan
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeletePengalaman yang diceritakan di N3 Tn Hj mengingatkan kembali kenangan semasa menunaikan Haji 2010 ... lagi kini di musim mengerjakan Haji.....Sijil-sijil tersebut di N3 Tn Hj juga menguatkan lagi kenangan tersebut..
Sijil-sijil tersebut
Waalaikummusalam Tuan Haji, hari ini sudah 3 Zulhijah, pasti berjuta umat Islam berada di Makkah.
DeleteNanti 8 Zulhijah, jemaah Malaysia akan mula bergerak menuju Arafah untuk wukuf (pada 9 Zulhijah). Bermulalah air mata pula!
Syukur Tuan Haji & isteri telah menjadi tetamu Allah dan menunaikan ibadah Haji setahun lebih awal dari kami.
Salam perkenalan.
Kamaruddin Hassan.