Monday, October 7, 2013

TerKenang Makkah



MUKADIMAH

Nabi Muhammad tangkas menunggang kuda
Baginda Rasulullah juga suka minyak zaitun
Akal tak sekali datang; runding tak sekali tiba
Menulis dalam blog dengan cara berpantun  




Pantun 1

Bersolat tahajjud di surau di separuh malam
Hampir pagi baru pulang ke rumah
Teringat tempat berkumpul orang Islam
Tanah Haram Makkah Al-Mukarramah

 
Sebelum solat Isyak gambar sempat di rakamkam, dua jemaah warga emas dari Kurdistan, berkomunikasi dengan senyum menggunakan isyarat tangan


Pantun 2

Dalam Masjidil Haram terang benderang
Beriktikaf di hadapan Kaabah membaca al-Quran
Makkah di kunjungi berjuta orang
Kota di mana Nabi Muhammad di lahirkan


Nabi Muhammad dan Makkah, Masjidil Haram dan Kaabah, kemuliaan yang tidak terpisah

Pantun 3

Solat fardhu dan jenazah jangan lambat
Nanti anda pula kena berlari-lari
Air zamzam terlalu banyak khasiat
Sunnah di minum dan berdoa sambil berdiri



Doa semasa minum air zamzam: "Ya Allah Tuhanku, aku mohon kepadaMu rezeki yang luas, ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan sembuh dari segala sakit dan penyakit"

Pantun 4

Pergi ke Makkah menunaikan Umrah atau Haji
Haji Tamattu’ senang sedikit di ikuti
Ibadah Umrah memang kena di dahului
Semua perbuatan rukun mesti di yakini

 Jika Haji Tamattu' jadi pilihan, ibadah Umrah mestilah dahulu di sempurnakan


Pantun 5



Lafaz niat Umrah di miqat sebelum mula

Tawaf di Kaabah tujuh keliling di lakukan pula

Sa’ie dari Safar ke Marwah di ikuti segera

Tahallul dan tertib menyudahkan segala
                           


Ibadah Sa'ie dari Safar ke Marwah, mengenang kembali Siti Hajar mencari air untuk anaknya Ismail dengan bersusah payah

Pantun 6

Di tengah Masjidil Haram terletak Kaabah
Satu solat di sini seratus ribu kali ganjaran
Hijir Ismail dan Makam Ibrahim tempat barakah
Mencium Hajar Al-Aswad dan berdoa di Multazam dapat keberkatan


Masjidil Haram dan Kaabah tidak pernah sepi, jemaah sentiasa mengunjungi, walaupun jam melepasi pukul 1 pagi


Pantun 7

Lakukan tawaf wada’ sebelum meninggalkan Makkah
Jika di tinggal anda kenalah bayar dam
Umat Islam perlu sama-sama muhasabah
Tuntutan agama berkehendak ilmu yang mendalam



Jemaah mengerjakan tawaf sebanyak mungkin, mengelilingi Kaabah tujuh pusingan dengan rasa khusyuk dan tawaduk serta yakin


Pantun 8

Sudah dapat pingat emas dalam usia
Masa bertambah singkat untuk di sia-sia
Membaca al-Quran dan buku agama di berikan masa
Makkah terpahat di hati sanubari jua


Jika di murahkan rezeki, pemberian Ilahi, sudah tentu bermusafir ke Makkah akan kami susuli


Pantun 9

Bersolat sunat taubat di atas sejadah
Merasakan diri banyak dosa dan membuat salah
Memohon keampunan kedua-dua tangan di tadah
Semoga di jemput lagi menjadi tetamu Allah


 Tiada apa-apa yang hendak di perkata, hanyalah berdoa, Allah sahaja yang tahu segala-galanya


PENUTUP

Tahun Hijrah bermula dengan Muharam
Zulhijah pula di gelar bulan Haji
Tempat yang mulia Masjidil Haram
Suasana selesa untuk beriktikaf dan mengaji


Bacaan imam semasa solat di Masjidil Haram menusuk hati, lancar dan sempurna membuatkan jemaah tidak sabar untuk datang berjemaah lagi


 2 Zulhijah 1434H


No comments:

Post a Comment