Sunday, August 16, 2015

PERJUMPAAN YANG DIRAHMATI ALLAH



Assalamualaikum,








Sesungguhnya pertemuan yang ikhlas Allah rahmati
Walaupun ini adalah yang pertama kali
Cuma beberapa orang di antara kami
Yang lainnya insya-Allah datang di lain hari 


Zainal berinitiatif sebagai tuan rumah
Minggu hadapan akan berangkat ke Makkah
Mengerjakan haji juga akan ke Madinah
Pemergian kali kedua tidaklah dia gundah

Dari kiri:  Zainal, Abdul Rahman, Kamaruddin, Mustaffa, Prof. Umi Sarah


Kami dahulunya kursus lain kelas sama
DIC dan RPT empat tahun lamanya
Ada gelaran diberi bermacam nama
Hanya sekadar memeriahkan suasana


Kami bersembang dan makan minum sedikit
Tergelak bila cerita lama diungkit
Rasa kemesraan dan hati tercuit
Betullah rahmat Allah setinggi bukit

Dari kiri: Prof. Umi Sarah dan suami Prof. Rosli, Zainal (tuan rumah), Rosli, Kamarruzaman, Kamaruddin, Mustaffa, Abdul Rahman


Solat asar berjemaah sebelum beredar
Zainal dan keluarga tersenyum lebar
Berita perjumpaan berikutnya akan disebar
Sama-sama kita menunggu dengan sabar

 Dari kiri: Ariffin (Group Admin.), Zulkifli, Zainal


1 Zulkaedah 1436H
 
 


2 comments:

  1. Bertafakur Jauh di zaman silam...with all the wonderful memories semoga silaturrahim berkekalan selamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,

      Terima kasih kerana singgah dan memberi komen yang bernas di blog saya.

      Betul seperti orang tua-tua berkata, andai kata kita membuat sesuatu dengan ikhlas, keputusan yang didapati adalah insya-Allah positif.

      Selamat maju jaya.

      Hj. Kamaruddin b Hassan.

      Delete