Assalamualaikum,
Puisi air mata di Arafah
Berita Harian siarkan sudah
Kepada pembaca ia persembah
Perkongsian ilmu disukai ALLAH
Tahun Hijrah datang dan pergi
Bulan terakhir Zulhijjah sekarang di
sini
Berjuta umat Islam di Makkah hari ini
Menunggu ketika melafazkan niat haji
Wajibnya haji bagi yang mampu
Ramai mengerjakan buat kali pertama
Wukuf di Arafah segala fikiran tertumpu
Berusahalah bawa isteri pergi bersama
Dari Makkah perjalanan menuju Arafah
Jemaah berteduh hanya di dalam khemah
Wukuf bermula zohor Sembilan Zulhijjah
Hati dan fikiran hanya mengingati Allah
Hari wukuf hanya untuk beribadat
Dunia dilupakan seketika untuk akhirat
Berdoa kepada Allah penuhi segala hajat
Air mata mengalir amatlah lebat
Mengutip batu ketika mabit di
Muzdalifah
Di Mina melontar dan tahallul di
Jamarah
Kembali ke Makkah untuk tawaf di
Baitullah
Selepas sa’ie ibadat haji selesailah
sudah
Perjalanan terakhir menziarahi kekasih
Allah
Melawat makam Nabi yang berada di
Madinah
Solat di Masjid Nabawi termasuklah
Raudhah
Pulang ke Malaysia selepas wada’ dengan
Rasulullah
5 Zulhijjah 1436H
No comments:
Post a Comment