Assalamualaikum,
Ruzy berasal dari Serian
Sekarang bekerja di Bandar Kuantan
Pantun disiarkan Sinar Harian
Jemput baca jika berkesempatan
(1)
Pemimpin Agung
Fitri rajin pergi ke sekolah
Waktu petang mencari buah
Pemimpin agung baginda Rasulullah
Bijaksana dan tidak rasuah
(2) Pemimpin Bertakwa
Repin tinggal di Kota Permai
Solat Jumaat di Masjid Negeri
Pemimpin biasa memang ramai
Yang bertakwa sukar dicari
(3) Pemimpin Islam Melayu
Tanpa air pokok layu
Biasa disiram selepas makan
Bersatu pemimpin Islam Melayu
Tahap penghasilan dapat dipertingkatkan
(4) Pemimpin Munafik
Pandir bekerja membuat parang
Dia membela seekor keldai
Sifat pemimpin munafik sekarang
Merasa diri terlebih pandai
(5) Pemimpin Berbohong
Didik berasal dari Sabah
Bapanya kerja menanam padi
Pemimpin berbohong kerap gelabah
Mereka banyak masalah peribadi
(6) Pemimpin Tidaklah Sentiasa Betul
Naik komuter pergi ke Sentul
Beli tiket terlebih dahulu
Pemimpin tiada sentiasa betul
Tidak pula salah selalu
23 Zulkaedah 1436H
No comments:
Post a Comment