Friday, April 29, 2016

Puisi Astaghfirullah, Cantiknya II


Assalamualaikum,





(2)
Puisi ini ditulis dari hati,
Dihadiahkan untuk seorang insan berbudi,
Wajahnya cantik menggambarkan tinggi pekerti,
Jika dia menulis insya-Allah menjadi.


(3) 
Sedap disebut akannya nama,
Wajahnya bak bulan purnama,
Diizinkan ALLAH dia menjelma,
Senyumannya manja terpegunlah hamba.


(4)
Daku pergi ke surau biasanya berjalan,
Sebelum melintas kenalah berhenti,
Rupanya sungguh cantik seumpama bulan,
Orang melihat pasti jatuh hati.


(5)
Nabi berhijrah ke Madinah dari Makkah,
Bersembunyi beberapa hari dalam gua,
Bibirnya memang bak delima merekah,
Paras muka cantik kurniaan ALLAH jua.


Jumaat (penghulu hari), 21 Rejab 1437H

Tuesday, April 26, 2016

Puisi Astaghfirullah, Cantiknya


Assalamualaikum,




Astaghfirullah, segala puji bagi ALLAH;
Daku terpandang wajah ayu nan indah;
Ambien menjadi kelu itu berlalu sudah;
Adakah sesuatu yang tersirat akan menyerlah.


Wajah nan manja kurniaan ALLAH jua,
Cantiknya dia seumpama bulan di angkasa,
Mungkinkah persis bidadari di syurga,
Sesiapa memandangnya tentu rasa bahagia.


Begitulah ingat ALLAH kepada hambanya,
Ditunjukkan sesuatu yang elok untuk dipandang mata,
Tetapi jangan pula sampai kita terlupa,
ALLAH Azzawajalla jua tempat kita meminta.


Selasa, 18 Rejab 1437H



Sunday, April 24, 2016

Puisi Terpegunlah Hamba


Assalamualaikum,

Latar belakang: The White House, Washington D.C.
Sabtu, 30 Disember 1978, di waktu pagi


(1) 
Terpegunlah hamba,
Selepas sekian lama tuan masih sudi berbicara,
Diri ini tiada mempunyai apa-apa,
Hanya ingatan masa lalu yang mesra.


(2)
Terpegunlah hamba,
Walaupun sudah berpuluh tahun tidak berjumpa,
Belum sempat pun bersua muka,
Namun perkenalan semasa di pengajian masih subur di dada.


(3)
Terpegunlah hamba,
Rasa gembira tuan mengharungi penghidupan yang selesa,
Berkasih sayang dengan keluarga,
Itulah rahmat dari ALLAH subhanahu wa taala jua.


Bergambar di Statue of Liberty Ferry, New York City, NY.
Sabtu, 24 November 1979


16 Rejab 1437H



Friday, April 22, 2016

Puisi Dewi ilhamku

Assalamualaikum,


Bersama-sama coursemates, Diploma in Industrial Chemistry, 
School of Applied Science,
ITM, Shah Alam, 1972-76


(1) 
Semasa kecil Din bermain guli,
Guli diberi oleh classmate Mini,
Terpegunlah hamba tuan ambil peduli,
Daku gembira meneruskan hidup ini.


(2)
Din sangat suka membaca buku,
Selalu bawa bila pulang ke Melaka,
Terima kasih susahkan diri mencintai daku,
Walaupun hanya untuk beberapa ketika.


(3)
Minggu lepas berkunjung ke rumah Samsidar,
Dia baharu pindah ke Bandar Pekan,
Kita berimankan qadak dan qadar,
Jodoh pertemuan ALLAH yang tentukan.


Jumaat, 14 Rejab 1437H
 
 

Tuesday, April 19, 2016

Puisi Nostalgia 6M1-1964


Assalamualaikum,

6M1: Darjah 6 Malay 1, Sultan Sulaiman Primary School 2
(afternoon session), Kuala Terengganu, Terengganu, 1964


Sebahagian dari wajah-wajah  terbaharu "murid-murid" dalam Darjah 6M1 (Tahun 1964) pada hari ini.
Gambar kumpulan (bawah, kanan) adalah gambar asal dalam Tahun 1964
(Gambar ihsan dari Dr. Nik Fuad Kamil)


(1)
Cakap salah tak cakap salah,
Nanti cerita lama akan terserlah,
Kisah persekolahan kena simpan jugalah,
Nanti menjeling pula orang sebelah.

(2)
Cakap salah tak cakap salah,
Yang lepas itu sudahlah,
Dari segi teori tiada masalah,
Namun praktikalnya agak lelah.

(3)
Cakap salah tak cakap salah,
Biarlah saya yang mengalah,
Sudah letih dengan hati duduk berbalah,
Rasa malu juga diperhatikan ALLAH.

(4)
Cakap salah tak cakap salah,
Perkenalan yang indah semasa di sekolah,
Mungkinkah ingatan dia sepanjang pengalah,
Jika sudah lupa tidak mengapalah.

(5)
Cakap salah tak cakap salah,
Perwatakannya manja bila pergi berkelah,
Rambut disikat elok di tengah berbelah,
Dahulu daku belum pandai lafaz astaghfirullah.

Selasa, 11 Rejab 1437H

 

Sunday, April 17, 2016

Puisi Ambien Persekolahan 6M1-1964


Assalamualaikum,

6M1-1964 adalah ditakrifkan sebagai Darjah 6 Malay 1, Tahun 1964, di Sultan Sulaiman Primary School 2 (sesi petang), 
Kuala Terengganu, Terengganu.

6M1-1964

(1) 
Air mata menitik di keheningan pagi,
Nasihat seorang sahabat daku ingati,
Katanya lupakanlah perkara lepas yang tidak menjadi,
Semuanya adalah ketentuan dari Ilahi.

(2)
Bersyukurlah dengan apa yang ada,
Jika rindu biarlah hanya untuk seketika sahaja,
Usah dilayan sangat perasaan hati nan terluka,
Dia akan sembuh cuma memerlukan sedikit masa. 

(3)
Islam menuntut kita percayakan qadak dan qadar,
Separuh dari iman termasuklah juga sabar,
ALLAH memberi ingat supaya kita sedar,
Tumpukan kepada masa depan yang lebih mencabar.

(4)
Cerita sedih sebegini jangan dikenang sangat,
Cekalkan hati pulihkan semangat,
Teruskan perbaiki diri serta beringat-ingat,
Tanamkan sikap positif supaya lebih menyengat.

(5)
Sesekali terbayang juga wajah sahabat semasa bersekolah,
Dahulu perlakuannya baik serta lawar,
Tentulah dirinya berpunya sudah,
Dialah racun dialah juga penawar. 

9 Rejab 1437H

 



Wednesday, April 13, 2016

Why Do I Love You

Assalamualaikum,


 Some of the coursemates during Diploma in Industrial Chemistry, Year 4, School of Applied Science, Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, 1972-1976

(1) 
The most famous three magic words in the world: I Love You.

(2)
Yes, I Love You ... but we are not lovers.

(3)
We've never been in love, not even for a day.

(4)
I wanted to say these beautiful words, " I Love You " to you ... but there's no opportunity for me to do so ...

(5)
... as you'd always have someone with you, even as early as in secondary (high) school and college days.

(6)
In fact, there's no requirement for you to love me or even thinking of loving me. Time and space dictated that you go on your own separate way; the same goes with me.

(7)
Having said that, why do I Love You then? It's because I Love You, it is as simple as that.

5 Rejab 1437H
   

Wednesday, April 6, 2016

Puisi Jangan Sedih Berlebihan


Assalamualaikum,





(1) Nabi pun pernah bersedih
Bawang dihiris mata yang pedih
Dibasuh dengan air hilanglah dia
Hendak dikira Nabi pun bersedih
ALLAH uji kita reda dengannya


(2) Bersedih bukan amalan

Hotel Majestic, Kuala Lumpur, Mac 2016

Bila demam minum air kelapa
Pergi ke tasik untuk berjalan-jalan
Bersedih sebentar rasanya tidak mengapa
ALLAH tidak suruh dijadikan amalan


(3) Bersedih ketika berdoa

Rasa sedih berdoa ketika di Baitullah
Kali terakhir kami pergi bertiga
Segala pujian hanya bagi ALLAH
Dengan rahmatnya kita masuk syurga

Masjidilharam, Makkah, April 2013

28 Jamadilakhir 1437H