Bersama-sama coursemates, Diploma in Industrial Chemistry,
School of Applied Science,
ITM, Shah Alam, 1972-76
(1)
Semasa kecil Din bermain guli,
Guli diberi oleh classmate Mini,
Terpegunlah hamba tuan ambil peduli,
Daku gembira meneruskan hidup ini.
(2)
Din sangat suka membaca buku,
Selalu bawa bila pulang ke Melaka,
Terima kasih susahkan diri mencintai daku,
Walaupun hanya untuk beberapa ketika.
(3)
Minggu lepas berkunjung ke rumah Samsidar,
Dia baharu pindah ke Bandar Pekan,
Kita berimankan qadak dan qadar,
Jodoh pertemuan ALLAH yang tentukan.
Jumaat, 14 Rejab 1437H
Bro KH, memang tersentuh hati membaca pantun pantun kasih sayang rindu ciptaan drpd hati yg jujur....KH kalau di buat lagu, tentu hebat....
ReplyDeleteBro ZM,
DeleteSetiap minggu semasa majlis ilmu di surau, ustaz selalu sebut tentang 3 perkara: rezeki; jodoh pertemuan; dan ajal maut; ALLAH yang tentukan.
Kita reda.
Benar sekali....total submission
DeleteBenar sekali....total submission
DeleteBro KH, memang tersentuh hati membaca pantun pantun kasih sayang rindu ciptaan drpd hati yg jujur....KH kalau di buat lagu, tentu hebat....
ReplyDeleteBro ZM,
DeleteSedapnya makanan Terengganu pulut lepa,
Pulut dicampur ikan tanpa perisa,
Buah hati jarang orang lupa,
Sesekali teringat walaupun bukan setiap masa.
Itu namanya parut di hati....
ReplyDeleteParut di hati boleh hilang, tetapi pelan-pelan.
Delete