Tuesday, April 19, 2016

Puisi Nostalgia 6M1-1964


Assalamualaikum,

6M1: Darjah 6 Malay 1, Sultan Sulaiman Primary School 2
(afternoon session), Kuala Terengganu, Terengganu, 1964


Sebahagian dari wajah-wajah  terbaharu "murid-murid" dalam Darjah 6M1 (Tahun 1964) pada hari ini.
Gambar kumpulan (bawah, kanan) adalah gambar asal dalam Tahun 1964
(Gambar ihsan dari Dr. Nik Fuad Kamil)


(1)
Cakap salah tak cakap salah,
Nanti cerita lama akan terserlah,
Kisah persekolahan kena simpan jugalah,
Nanti menjeling pula orang sebelah.

(2)
Cakap salah tak cakap salah,
Yang lepas itu sudahlah,
Dari segi teori tiada masalah,
Namun praktikalnya agak lelah.

(3)
Cakap salah tak cakap salah,
Biarlah saya yang mengalah,
Sudah letih dengan hati duduk berbalah,
Rasa malu juga diperhatikan ALLAH.

(4)
Cakap salah tak cakap salah,
Perkenalan yang indah semasa di sekolah,
Mungkinkah ingatan dia sepanjang pengalah,
Jika sudah lupa tidak mengapalah.

(5)
Cakap salah tak cakap salah,
Perwatakannya manja bila pergi berkelah,
Rambut disikat elok di tengah berbelah,
Dahulu daku belum pandai lafaz astaghfirullah.

Selasa, 11 Rejab 1437H

 

4 comments:

  1. KH....macam berani-berani takut....tapi itu cara gentleman....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro ZM,
      Cakap salah tak cakap salah,
      Soal cinta tidak elok cari helah,
      Bertepuk tangan kenalah kedua-dua belah,
      Tiada juga lupa membaca bismillah.

      Delete
  2. KH....macam berani-berani takut....tapi itu cara gentleman....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro ZM,

      Pergi umrah ketika Ramadan,
      Pulang kembali selepas raya,
      Berpuisi di blog tiada sempadan,
      Asalkan isinya pembaca percaya.

      Delete