Friday, October 28, 2016

Memilih Pemimpin: Perjalanan Menuju PRU14



Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

Pergi ke bandar menaiki teksi,
Jalan sesak dengan kereta,
Di blog saya menulis puisi,
Memperkayakan bahasa Melayu kita.


(1) 
 Makan pagi di Restoran Bakap,
Sajian utama pulut lepa,
Sesetengah pemimpin pandai bercakap,
Padahal delivery tidak seberapa. 

(2)
 Kalau pergi ke Simpang Ampat,
Jangan lupa membeli tapai,
Belum apa-apa sudah melompat,
Tidak ubah seperti tupai. 

(3) 
 Rasa manis buah delima,
Boleh beli di Kedai Siti,
Diberi kain saya terima,
Tidak janji memangkah parti.

 (4)
  Penghulu hari selalu di nanti,
Solat Jumaat di Masjid Negeri,
Jangan tersilap memangkah parti,
Nanti menyesal tidak terperi. 

(5)
 Pergi ke Seremban memandu kereta,
Singgah sebentar di Tanjong Tuan,
Jika mengikut Undang-Undang Purata,
Sudah di ketahui Kerajaan Persekutuan.

Jumaat, 27 Muharam 1438H




 

No comments:

Post a Comment