Saturday, October 22, 2016

Perihal Sesetengah Warga Emas


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

(i) 
 
Beli ikan tuna di Pekan Gemas,
Kedai runcit Siti yang punya,
Sesetengah aktif berpolitik di usia emas,
Mati nanti malaikat tidak tanya.

(ii)
 
Mamat seorang jurutera di Kompleks Kotara,
Biasa bawa bekal nasi bungkus,
Moderate warga emas rancak bersuara,
Ketika dalam perkhidmatan diam menikus.
 
(iii)

 Din memakai wristwatch berjenama Bonia,
Suka menulis walaupun badan kurus,
Warga emas bersemangat merubah dunia,
Tandas sendiri pun tidak terurus.

Sabtu, 21 Muharam 1438H


 
 
 

4 comments:

  1. Bro Dr. Hamzah,
    Moga jadi pedoman.

    Perkara (i) ALLAH panjangkan umur kita di dunia, sepatutnya warga emas berulang alik ke masjid/surau.

    Perkara (ii) Ada certain group "Prominent Malays" (as is orang lain tak prominent) menulis di akhbar mencanangkan soal "Moderate".
    Kita kan Islam, tak perlu moderate ini.

    Perkara(iii) Tandas di mana-mana tempat awam, termasuk di masjid/surau masih ditahap yang "boleh diperbaiki".

    ReplyDelete
  2. Warga mas kena terus mendidik the next generation...

    ReplyDelete
  3. Warga mas kena terus mendidik the next generation...

    ReplyDelete