Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
Hospital Shah Alam (bangunan sebelah kiri), dari arah Tasik Seksyen 7,
Shah Alam, Selangor
(1)
Din berasal dari Sungai Rengam,
Membeli rumah baharu di Taman Bukit,
Hospital Shah Alam indah tersergam,
Walaupun pembinaannya siap lewat sedikit.
(2)
Aduka suka mengail ikan keli,
Digoreng kicap makan dengan nasi,
Jika datang ke Hospital pertama kali,
Pergilah dahulu bertanya di Kaunter Informasi.
(3)
Nik seorang guru di Kampung Hulu,
Berpakaian kemas serta rambut bersikat,
Klinik Pakar beroperasi setahun lalu,
Merawat pesakit jauh dan dekat.
(4)
Di bulan Ramadan kita semua berpuasa,
Menyambut Aidilfitri apabila tibanya Syawal,
Ketika di Hospital jagalah tutur bahasa,
Untuk temu janji datanglah awal.
(5)
Pelbagai peristiwa dilaporkan dalam media,
Usah kita pula merasa hiba,
Bahagian Kecemasan selalu siap sedia,
Untuk merawat pesakit yang tiba.
Khamis, 19 Muharam 1438H
Baguslah tribute KH pada hospital dan setting untuk hospital....KH sebulan berapa kali ke sini....
ReplyDeleteBro ZM,
ReplyDeleteSaya cuma temankan wife pergi berjumpa doktor. Jadi, saya as driver sahaja.
Number of session depends on their discussion, there's no fixed period of time. Biasanya, on quarterly basis.