Assalam,
Dara memakai cincin berlian
Dibeli dari Gedung Jauhari
Artikel tersiar di Berita Harian
Ditulis atas pengalaman sendiri
Pada umumnya, umat Islam
mempunyai jadual harian yang agak berlainan sedikit daripada biasa pada Ramadan.
Mereka akan bangun di awal pagi
untuk bersahur. Bagi yang berkesempatan, biasanya mereka akan menuju ke masjid
atau surau untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.
Ramadan, bulan diturunkan
al-Quran boleh ditafsirkan juga sebagai bulan ibadah. Selain menunaikan solat
fardu, umat Islam juga akan menunaikan solat tarawih. Ia dilakukan sama ada 20 atau
lapan rakaat. Apa pun pilihan, kedua-duanya tidak menyalahi hukum agama. Jemaah
juga akan mengerjakan solat witir selepas itu.
Sebelum berakhir Ramadan, umat
Islam juga diwajibkan membayar zakat fitrah. Rukun Islam keempat ini dikenakan
kepada mereka yang mampu sahaja.
Masjid, surau adakan tazkirah
Pada Ramadan yang mulia ini, ada
sesetengah masjid atau surau mengadakan tazkirah. Ia dilakukan sama ada di
pertengahan solat tarawih atau pun selepas selesai solat witir. Penceramah
biasanya akan berkongsi sedikit ilmu dengan para jemaah yang dipetik dari
al-Quran, hadis atau pun kitab.
Apa yang kurang sedap didengar
ialah apabila sesetengah penceramah mengungkit jemaah yang datang ke rumah
Allah. Kononnya mereka memenuhi masjid dan surau hanya apabila tiba Ramadan. Itu
pun pada awal Ramadan sahaja.
Sesetengah penceramah juga
mengatakan jemaah berasa lebih senang menghulurkan derma atau sumbangan pada bulan
yang mulia ini. Bulan lain, jemaah agak liat, kata mereka.
Saya berasa isu jemaah yang ramai
memenuhi ruang solat di rumah Allah pada Ramadan tidak perlu diungkit.
Dalam pada itu ada juga
penceramah yang bersikap positif dan memandang jauh kehadapan.
Baru-baru ini ketika berceramah
di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, Shah Alam, Ustaz Zulkifli Ahmad ada berkata:
“Penceramah yang baik seharusnya memberikan semangat kepada jemaah agar
perbuatan murni mereka akan dikekalkan selepas Ramadan”.
Beliau yang juga pengasas Maahad
Al-Quran Asy Syafie (MAQAS) berkata: “Usah prejudis dengan mengatakan mereka
akan kembali ke tahap asal selepas
Ramadan nanti. Bertuturlah dengan kata-kata pengharapan kepada mereka.”
Elak riak dalam beribadah
Saya berpendapat,
sekurang-kurangnya jemaah telah terbuka hati mereka untuk datang solat berjemaah
pada Ramadan. Mereka juga ada iman di hati seperti kita. Perlu di ingatkan bahawa
beribadah kepada Allah tidak perlu ditunjuk-tunjuk. Itu riak namanya dan
perbuatan ini amat dimurkai Allah SWT.
6 Ramadan 1436H
Tuan Haji memang suka menulis ni. Tahniah kongsi pengalaman dengan semua
ReplyDeleteAssalam,
DeleteSumat berasal dari Melaka
Baharu sahaja masuk tentera
Buat apa Nabi suka
Hidup kita insya-Alah sejahtera
Terima kasih.
Kamaruddin b Hassan
Tahniah Tuan Haji, berkongsi dengan pembaca di luar sana.
ReplyDeleteTerima kasih, saudara.
ReplyDeleteBeras dimasak menjadi nasi
Makan bersama dengan bonda
Walaupun sedikit kita berkongsi
Jangan simpan dalam dada
Hj. Kamaruddin b Hassan