Assalam,
Kalau melawat ke Tasik Bera
Bawalah pulang benih durian
Sukanya hati tidak terkira
Artikel disiarkan Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/ikutlah-pemimpin-yang-ada-kredibiliti-1.396876
Topik berkenaan kepemimpinan dan
pemimpin telah menjadi subjek yang suka ditulis oleh pengarang, ahli akademik,
penyelidik, ahli politik dan lain-lain. Ramai di antara mereka bersetuju bahawa
ciri utama seorang pemimpin ialah kelakuan yang baik. Kebolehan untuk memimpin adalah
di tempat kedua.
Mengikut Mark Sanborn di dalam
bukunya, You Don’t Need A Title To Be A
Leader ada berkata bahawa manusia itu
tidak dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin. Malahan, insan itu kenalah
belajar untuk menjadi seorang pemimpin sama ada ia mempunyai gelaran atau pun tidak.
Mengikut definasi di dalam kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary pula, pemimpin ialah seseorang yang mengetuai
sekumpulan orang, khususnya ketua bagi sesebuah negara atau organisasi.
Pemimpin yang sesuai untuk diikuti
ialah apabila seseorang itu mempamerkan sifat atau ciri yang elok, di antaranya
ialah kredibiliti.
Kredibiliti bermaksud seseorang
itu mempunyai sifat yang boleh dipercayai atau diyakini. Ia boleh juga
ditafsirkan sebagai kebolehpercayaan para pengikut kepadanya.
Contoh yang paling cemerlang dari
segi kredibiliti ini ialah Nabi Muhammad SAW. Semasa hayatnya, baginda Rasulullah
diberikan gelaran sebagai “al-Amin”, yang bermaksud orang yang dipercayai.
Apabila seseorang pemimpin hidup
dengan amalan kredibiliti, ia adalah seorang yang berjaya. Beliau mempunyai
sifat yang terbuka dan jujur. Dengan itu, kehidupan hariannya tidaklah
berserabut, malahan beliau kurang mengelamai perasaan tekanan.
Dalam tahun 2006, Mori of United
Kingdom dan Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) telah berganding bahu
membuat satu soal selidik tentang 15 jenis pekerjaan. Responden di United Kingdom
dan Malaysia mempercayai profesional berikut: Pertama ialah doktor; kedua guru
dan ketiga profesor. Ahli politik diletakkan di paras bawah sekali, iaitu di
tempat kelima belas.
Jika seseorang pemimpin itu menghayati
sifat kredibiliti, dia mempunyai kebebasan untuk membuat sesuatu keputusan
dengan bebas. Ia tidak perlu untuk memihak kepada sesuatu kumpulan. Pertimbangan
hanya dibuat untuk kebaikan syarikat atau organisasi yang dipimpinnya.
Seseorang pemimpin akan diikuti
di sebabkan para pengikut mempunyai rasa hormat serta percaya kepadanya, bukan
sekadar di atas kebolehan memimpin yang dimilikinya.
Ujian sebenar seseorang pemimpin
ialah untuknya menoleh kebelakang. Ini bertujuan untuk melihat sama ada masih
adakah lagi para penyokong yang mengikutnya.
16 Syaaban 1436H
Tahniah KH..
ReplyDeleteNak gi baca lah di Berita Harian tu :)
Terima kasih.
ReplyDeleteAda dalam Sinar Harian Online. Link dia:
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/ikutlah-pemimpin-yang-ada-kredibiliti-1.396876
Warm regards,
Kamaruddin Hassan