Saturday, September 28, 2013

Kerinduan Pada Ibadah Haji 1432H (2011)



Tempat: Bumi Malaysia
Tarikh: 1 Zulhijah 1432H (28 Oktober 2011), Jumaat
            Sebelum bertolak jemaah duduk diam
            Bersolat sunat musafir semasa di rumah
            Mulakan perjalanan berpakaian ihram
            Jemaah Haji dan Umrah tetamu Allah
            Urutan tarikh-tarikh penting semasa mengerjakan Haji Tamattu' pada 1432H

            Tempat daftar di Kompleks Haji Kelana Jaya

            Saudara mara datang pada satu masa
            Perasaan di hati amat membara
            Agar Haji mabrur dapat di rasa
      Penulis bersama isteri (tengah, bertali merah di leher) di Kompleks Haji Kelana Jaya

     Penulis sedang menunggu bas di Jeddah untuk meneruskan perjalanan ke Makkah


Tempat: Makkah Al-Mukarramah
Tarikh: 2 Zulhijah 1432H (29 Oktober 2011), Sabtu
            Tiba di Makkah terasa lesu
            Perjalanan dari Jeddah hampir lima jam
            Ibadah Umrah di kerjakan dahulu
            Sebab Haji Tamattu’ jadi pilihan
   Isteri penulis, Dr Rokiah di luar King Abdul Aziz Gate selepas selesai mengerjakan Umrah

Tempat: Makkah Al-Mukarramah
Tarikh: 9 Zulhijah 1432H (5 November 2011), Sabtu
            Ibadah Haji bermula dari Makkah
            Berpakaian ihram menuju Arafah
            Dalam bas niat Haji sambil bertalbiah
            Air mata mengalir pipi pun basah
 Para Jemaah Haji beramai-ramai melafazkan talbiah di dalam bas semasa menuju Arafah


Tempat: Arafah
Tarikh: 9 Zulhijah 1432H (5 November 2011), Sabtu
            Wukuf di Arafah rukun utama Haji
            Tempatnya rasa kelainan menduga hati
            Berdoa untuk diri anak-anak dan isteri
            Pipi basah lagi tiada henti

            Ya Allah ampunlah dosa-dosaku yang lalu
            Juga dosa-dosa kesemua ahli keluarga
            Kepada Engkau sahaja tempat kami mengadu
            Tulislah nama-nama kami dalam syurga
 Pelan lokasi khemah jemaah Haji di Arafah (tiada kesempatan untuk mengambil gambar)
 
Tempat: Muzdalifah

Tarikh: 9 & 10 Zulhijah 1432H (5 & 6 November 2011), Sabtu & Ahad
            Selepas isyak dari Arafah kami keluar
            Mabit di Muzdalifah buat sebentar
            Kawasan sempit tetapi berpagar
            Mengutip batu tujuh puluh biji untuk melontar

Tempat: Mina
Tarikh: 10-13 Zulhijah 1432H (6-9 November 2011), Ahad-Rabu
            Tinggal di Mina dalam khemah
            Prasarana mencabar jemaah masih berhemah
            Empat hari melontar serta tahallul di Jamrah
            Sebelum menaiki bas pulang ke Makkah
             Pintu masuk Maktab 100 di Mina bagi sebahagian jemaah Haji dari Malaysia

               Dr Rokiah bergambar kenangan selepas melontar di salah satu Jamrah

Tabung Haji Travel membekalkan t-shirt berwarna hijau kepada jemaah lelaki untuk tujuan pergi melontar

Penulis sempat merakamkan gambar jemaah Haji dengan membelakangkan bangunan Jamrah

Jemaah Haji Malaysia (berhampiran terowong) dalam perjalanan pulang ke khemah selepas melontar



Tempat: Mina dan Makkah Al-Mukarramah
Tarikh: 13 Zulhijah 1432H (9 November 2011), Rabu
            Dari Mina ke Makkah hampir satu jam
            Bolehlah mandi dan makan juadah
            Tawaf dan Sa’ie Haji 16 Zulhijah di waktu malam
            Ibadah Haji 1432H sempurnalah sudah
 Penulis di tempat sa'ie (di belakang para jemaah sedang sa'ie dari Safa menuju Marwah) 

 Haji Kamaruddin selepas selesai melakukan Tawaf Haji dan Sa'ie Haji pada 16 Zulhijah 1432H

              Dr Hajjah Rokiah bergambar kenangan di hadapan Kaabah di Masjidil Haram

 Tempat: Makkah Al-Mukarramah & Madinah Munawwarah

Tarikh: 6 Muharram 1433H (1 Disember 2011), Khamis
            Tawaf wada’ di lakukan tanpa gopoh gapah
            Tibalah masa meniggalkan Makkah
            Manaiki bas lagi menuju Madinah
            Untuk ziarah Rasulullah kekasih Allah
                                   Kaabah yang di rakamkan pada 25 Zulhijah 1432H

           Suasana tenteram dapat di saksikan di persekitaran Masjid Nabawi di Madinah



Tempat: Madinah Munawwarah
Tarikh: 6-15 Muharram 1433H (1-10 Disember 2011)
            Solat di Raudhah dalam Masjid Nabawi
            Satu solat kebaikan seribu kali
            Tinggal di Madinah selama sepuluh hari
            Suasana tenang memohon redha Ilahi
                   Suasana damai di salah satu penjuru Masjid Nabawi di waktu malam

                              Ketenangan di waktu pagi di kawasan Masjid Nabawi
            
            Wada’ dengan Nabi Muhammad di lakukan sudah

            Kerinduan padamu sepanjang hayat
            Selamat tinggal wahai Rasulullah
            Berilah syafaat kepada kami di akhirat
 Surah dari al-Quran yang di rakamkan di dalam Masjid Nabawi






22 Zulkaedah 1434H