Friday, September 26, 2014

Perihal Pemakanan & Kesihatan


Assalam,

Baca buku Siti Muslihat
Dibeli dari Toko Semasa
Makan dijaga badan sihat
Buat ibadat tentulah selesa


(1) Kurangkan gula

(2) Pastikan bersarapan pagi

(3) Makan jangan terlalu kenyang

(4) Teh tarik banyak kandungan gula

(5) Biasakan makan makanan ringan

(6) Petai memang ada khasiat

(7) Tomato baik untuk kesihatan

(8) Apa pun, makanlah secara sederhana

1 Zulhijah 1435H





Monday, September 22, 2014

Jasa mantan MB Selangor dihargai

Assalam,

Darjah SMN bergelar Tun
Penerimanya sudah tentu suka
Tidak ramai Melayu berpantun
Moga bertambah di hari muka


(1) Jasa semasa menjawat MB Selangor dihargai

(2) Tan Sri Khalid pemimpin berintegriti


27 Zulkaedah 1435H


Tuesday, September 16, 2014

Pantun pilihan

Assalam,

Beli baju di Gedung Jakel
Untuk dipakai ketika bermusafir
Usah tertipu sebarang artikel
Terutama munafik dan kafir


(1) Bulan tidak jatuh ke riba

(2) Kuih Zan'sKitchen sedap dimakan

(3) Hidup yang berkat


21 Zulkaedah 1435H


Sunday, September 14, 2014

Pantun bisikan hati


Assalam,

Kesukaan Nabi minyak zaitun
Baginda juga suka memanah
Di blog cuma saya berpantun
Tiada langsung unsur fitnah


(1) al-Quran dan sunah sebagai rujukan

(2) Hanya Allah tempat meminta

(3) Rancangan Allah mengatasi segala

(4) Selesa tinggal di Selangor

(5) Pengajaran pahit umat Nabi Luth

(6) Wang ringgit boleh membawa padah

(7) Pahala berbuat baik

19 Zulkaedah 1435H 


Friday, September 12, 2014

Inilah yang Yahudi takut


Assalam,

Dengan izin Allah dan setelah orang Islam bersatu hati, insya-Allah jumlah jemaah yang datang bersolat Subuh akan hampir sama dengan jumlah yang bersolat Jumaat.




17 Zulkaedah 1435H


Wednesday, September 10, 2014

Pantun Menjunjung Kasih

Assalam,

Hijau warna si pokok selasih
Dibawa pulang dari Kluang
Ada Pantun Menjunjung Kasih
Jemput baca jika terluang


(1) Rakyat kasih kepada Sultan
(2) Rakyat Selangor taat kepada Tuanku

(3) Usah derhaka kepada Sultan

(4) Rakyat Selangor mampu mentadbir sendiri

(5) Orang munafik


15 Zulkaedah 1435H


Tuesday, September 9, 2014

Pantun Bermuhasabah Diri



Assalam kepada semua pembaca blog saya, moga sejahtera selalu.

Dari Kajang hendak ke Putrajaya
Jalanan di katakan penuh duri
Menulis pantun di blog saya
Semacam coretan dalam diari

Kalau membeli emas suasa
Belilah di luar musim Raya
Jika ada kelapangan masa
Sudilah baca pantun saya


(1) al-Quran sebaik panduan

(2) Mulakan hari bersolat subuh

(3) Kumpulan yang membaca

(4) Pemimpin asyik bertelagah

(5) Pemimpin yang cekap

(6) Jauhi sifat memaksa-maksa


  14 Zulkaedah 1435H

 


Sunday, September 7, 2014

Melawan sifat marah & tekanan


Semasa di pasar terserempak Alimatun
Bersama anaknya bernama Muhaya
Hamba cuba menulis pantun
Tersalah bahasa maafkanlah ya

Syukur di mana aku berada
Di Negeri Selangor Darul Ehsan
Pengalaman usah simpan di dada
Berkongsilah dengan sesama insan


(1) Menahan marah

(2) Utamakan Makkah dan Madinah
 
(3) Mengurangkan tekanan (stress)


12 Zulkaedah 1435H



Friday, September 5, 2014

Pantun Perihal Makanan & Pengajaran


Aminah sekarang tinggal di Pekan
Tempat kelahiran ialah Maran
Disuruh makan saya makan
Kenalah juga ambil pengajaran


Berjalan ke surau setiap hari
Selepas maghrib ada ceramah
Pantun bergambar idea sendiri
Untuk dikongsi bersama ummah


(1) Pulut lepa

(2) Nasi goreng

(3) Kurma

 (4) Roti canai

(5) Kuih agar-agar

(6) Nasi dagang

(7) Kuih tepung pelita

(8) Kuih ketayap

(9) Kuih lompat tikam

(10) Nasi lemak


10 Zulkaedah 1435H