MUKADIMAH
Nabi Muhammad tangkas
menunggang kuda
Baginda Rasulullah juga
suka minyak zaitun
Akal tak sekali datang;
runding tak sekali tiba
Menulis dalam blog dengan
cara berpantun
Pantun 1
Bersolat tahajjud di surau di
separuh malam
Hampir pagi baru pulang ke
rumah
Teringat tempat berkumpul
orang Islam
Tanah Haram Makkah
Al-Mukarramah
Sebelum solat Isyak gambar sempat di rakamkam, dua jemaah warga emas dari Kurdistan, berkomunikasi dengan senyum menggunakan isyarat tangan
Pantun 2
Dalam Masjidil Haram terang
benderang
Beriktikaf di hadapan
Kaabah membaca al-Quran
Makkah di kunjungi berjuta
orang
Kota di mana Nabi Muhammad
di lahirkan
Nabi Muhammad dan Makkah, Masjidil Haram dan Kaabah, kemuliaan yang tidak terpisah
Pantun 3
Solat fardhu dan jenazah
jangan lambat
Nanti anda pula kena berlari-lari
Air zamzam terlalu banyak
khasiat
Sunnah di minum dan berdoa
sambil berdiri
Doa semasa minum air zamzam: "Ya Allah Tuhanku, aku mohon kepadaMu rezeki yang luas, ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan sembuh dari segala sakit dan penyakit"
Pantun 4
Pergi ke Makkah menunaikan Umrah
atau Haji
Haji Tamattu’ senang sedikit
di ikuti
Ibadah Umrah memang kena di
dahului
Semua perbuatan rukun mesti
di yakini
Jika Haji Tamattu' jadi pilihan, ibadah Umrah mestilah dahulu di sempurnakan
Pantun 5
Lafaz niat Umrah di miqat
sebelum mula
Tawaf di Kaabah tujuh
keliling di lakukan pula
Sa’ie dari Safar ke Marwah
di ikuti segera
Tahallul dan tertib menyudahkan
segala
Ibadah Sa'ie dari Safar ke Marwah, mengenang kembali Siti Hajar mencari air untuk anaknya Ismail dengan bersusah payah
Pantun 6
Di tengah Masjidil Haram
terletak Kaabah
Satu solat di sini seratus
ribu kali ganjaran
Hijir Ismail dan Makam
Ibrahim tempat barakah
Mencium Hajar Al-Aswad dan berdoa di Multazam dapat
keberkatan
Masjidil Haram dan Kaabah tidak pernah sepi, jemaah sentiasa mengunjungi, walaupun jam melepasi pukul 1 pagi
Pantun 7
Lakukan tawaf wada’ sebelum
meninggalkan Makkah
Jika di tinggal anda kenalah
bayar dam
Umat Islam perlu sama-sama muhasabah
Tuntutan agama berkehendak
ilmu yang mendalam
Jemaah mengerjakan tawaf sebanyak mungkin, mengelilingi Kaabah tujuh pusingan dengan rasa khusyuk dan tawaduk serta yakin
Pantun 8
Sudah dapat pingat emas
dalam usia
Masa bertambah singkat
untuk di sia-sia
Membaca al-Quran dan buku
agama di berikan masa
Makkah terpahat di hati
sanubari jua
Jika di murahkan rezeki, pemberian Ilahi, sudah tentu bermusafir ke Makkah akan kami susuli
Pantun 9
Bersolat sunat taubat di
atas sejadah
Merasakan diri banyak dosa
dan membuat salah
Memohon keampunan kedua-dua
tangan di tadah
Semoga di jemput lagi
menjadi tetamu Allah
Tiada apa-apa yang hendak di perkata, hanyalah berdoa, Allah sahaja yang tahu segala-galanya
PENUTUP
Tahun Hijrah bermula dengan
Muharam
Zulhijah pula di gelar
bulan Haji
Tempat yang mulia Masjidil
Haram
Suasana selesa untuk
beriktikaf dan mengaji
Bacaan imam semasa solat di Masjidil Haram menusuk hati, lancar dan sempurna membuatkan jemaah tidak sabar untuk datang berjemaah lagi
2 Zulhijah 1434H