Sunday, June 29, 2014

Pantun Ramadan


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Mengerjakan Ibadat Puasa Di Bulan Ramadan" yang mulia ini. Moga ibadat yang kita lakukan ini diberikan ganjaran yang sebaik mungkin oleh Allah.


(1) Selamat datang wahai Ramadan

(2) Solat sunat tarawih

Majlis ilmu (di antara solat sunat tarawih pertama) di Surau Ar-Rahmah Seksyen 8, Shah Alam, Selangor






Ambien di luar Surau Ar-Rahmah Seksyen 8, Shah Alam, Selangor selepas solat sunat witir (10:40 malam)

(3) Lewatkan bersahur


(4) Berbuka puasa ikut sunah

(5) Buat ibadat ikut kemampuan 

(6) Pertingkatkan ibadat di bulan Ramadan

(7) Menderma sebagai ibadah

(8) Zakat fitrah jangan dilupa

(9) Harum kasturi di sisi Allah


Terima kasih kerana sudi membaca pantun-pantun saya.


1 Ramadan 1435H
12:35 pagi


Wednesday, June 25, 2014

Kueh Zan'sKitchen Shah Alam



Semasa kecil mandi di perigi
Tidaklah berlarutan hingga remaja
Jangan terlepas sarapan pagi
Memberi tenaga untuk bekerja







28 Syaaban 1435H


Tuesday, June 24, 2014

Kisah anak penarik beca





Saya telah terbaca sebuah penulisan yang melekat dihati sanubari pada pagi tadi, Selasa, 24 Jun 2014 (bersamaan 26 Syaaban 1435H).

Artikel tersebut bertajuk "Kisah anak penarik beca", disiarkan dalam sisipan akhbar Utusan Malaysia, mode. Ianya ditulis oleh saudara Saharudin Mohd Musthafa, iaitu wakil Utusan Malaysia di Jakarta, Indonesia.

Setelah saya meyemak nota didalam buku saya, didapati saya pernah menulis kepadanya beberapa ketika dahulu. Tanpa berlengah, saya telah menulis email kepadanya memohon kebenaran sekiranya dapat saya siarkan artikel yang berkualiti ini di dalam blog saya, yang tidak seberapa ini.

Alhamdulillah, saudara Saharudin melalui emailnya sebentar tadi, membenarkan saya menyiarkan artikel ini di dalam blog saya.

Artikel ini menceritakan tentang seorang ayah yang bernama Mugiyono bersama anak perempuannya, Raeni. Si ayah telah membawa anaknya menghadiri majlis konvokesyen dengan menaiki beca yang dikayuhnya sendiri. Mengayuh beca adalah pekerjaan hariannya.

Raeni muncul sebagai mahasiswa terbaik di Universiti Negeri Semarang (Unnes) daripada kalangan 955 pelajar jurusan ekonomi, pada 10 Jun lalu. Beliau seterusnya berazam untuk menyambung pengajian dalam jurusan sarjana di United Kingdom.

Raeni pernah berpeluang mengajar di Sekolah Agama Menengah Rawang selama dua bulan.

Moga artikel ini memberikan semangat kepada pembaca semua. Kemiskinan hidup bukan penghalang untuk kita menempah kejayaan untuk keluarga.

Terima kasih saudara Saharudin Mohd Musthafa kerana sudi memberi izin kepada saya menyiarkan artikel ini di dalam blog saya. Moga saudara akan terus berjaya dan maju kehadapan, insya-Allah.



26 Syaaban 1435H

Tuesday, June 10, 2014

Pantun Cuti Persekolahan



(i) Ingin jadi pelajar yang berkebolehan


(ii) Naik LRT


(iii) Di klia2

12 Syaaban 1435H