Thursday, December 24, 2015

Kenangan Daku Mencari Rezeki



Assalamualaikum,


(1)

Bangun awal di waktu pagi
Pergi ke surau berjalan kaki
Pulang ke rumah disambut isteri
Baharulah keluar mencari rezeki.

(2)
Daku bekerja di syarikat kerajaan
Bangunan tinggi bak mencapai awan
Berjawatan bolehlah dikatakan kanan
Kerendahan hati jadi amalan.

(3)
Pergi ke pejabat memandu kereta
Selalu kesesakan di jalan raya
Bukanlah aku betul sentiasa
Sesekali silap tidak disengaja.

(4)
Gaji diterima akhir bulan
Aku berbelanja ikut kemampuan
Berusaha juga menambah pendapatan
Satu darinya membuat pelaburan.

(5)
Ambien di pejabat biasanya ceria
Ketuaku adil serta peka
Staf berintegriti ada tandanya
Bila bercakap orang percaya.

(6)
Yang mula akan berakhir juga
Tibalah masanya untuk aku bersara
Meninggalkan tugasan terasalah hiba
Rezeki berkat pemberian ALLAH jua.

Khamis, 12 Rabiulawal 1437H
(Maulidur Rasul)
 

Wednesday, December 9, 2015

Kumpulan Moderate Berbicara



Assalamualaikum,


(1)




(2)
Jika makan buah pala
Jangan dicicah dengan cuka
Perkenalkan inisiatif biarlah berpahala
Buat apa ALLAH suka

(3)
Makan malam di Restoran Gemas
Masak lemak ikan kurau
Ramai moderate warga emas
Sebaiknya jadilah jemaah surau

(4)
Suhu sejuk di Bukit Darus
Pelbagai sayuran hidup subur
Penat moderate melawan arus
Tidak bermanfaat di alam kubur   

Rabu, 27 Safar 1437H
 


Sunday, December 6, 2015

Puisi Surau Ar-Rahmah SHAH ALAM


Assalamualaikum,





(1)
Surau Ar-Rahmah di Shah Alam
Rumah keduaku di usia emas
Hujan turun waktu malam
Daku tidak merasa cemas

(2)
Surau Ar-Rahmah di Shah Alam
Empat minit berjalan dari rumah
Majlis ilmu di adakan setiap malam
Pelbagai subjek disampaikan oleh penceramah

(3)
Surau Ar-Rahmah di Shah Alam
Jemaah datang jauh dan dekat
Solat berakhir dengan memberi salam
Moga segala amalan mendapat berkat

(4)
Surau Ar-Rahmah di Shah Alam
Mempunyai banyak cerita yang tersendiri
Ia tempat beribadat umat Islam
Mengharap reda ALLAH setiap hari

(5)
Surau Ar-Rahmah di Shah Alam
Mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat
Puisi ditulis dengan kalam
Moga dicatat oleh malaikat

24 Safar 1437H