Thursday, November 24, 2016

Puisi Jika Sudah Di Usia Senja


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

(1)
Jika terlebih mengambil gula, berkemungkinan boleh mengidap penyakit diabetes


Jika sudah di usia senja,
Makanan lazat pun rasa tidak berselera,
Kenalah kurangkan garam dan juga gula,
Darah tinggi, diabetes semuanya ada. 


(2)
 Hospital Shah Alam di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor


Jika sudah di usia senja,
Baik-baik jangan sampai jatuh tangga,
Nanti tulang patah susah kaum keluarga,
Hendak menjaga kita di hospital beberapa hari pula.


(3)
Jemaah sedang mendengar Kuliah Maghrib
di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, Shah Alam, Selangor


Jika sudah di usia senja,
Masjid atau surau jadikanlah sebagai rumah kedua,
Dengan imam, muazin dan jemaah keraplah bertegur sapa,
Nanti salah seorang akan membaca talkin untuk kita.


(4)

Jika sudah di usia senja,
Kena pakai "reading glass" untuk membaca,
Sudah tidak cekap memandu kereta,
Inilah "part of life" untuk kita semua.


Khamis, 24 Safar 1438H


Wednesday, November 23, 2016

Puisi Hidayah Itu Sesungguhnya Milik ALLAH


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,





(A)
Hidayah itu sesungguhnya milik ALLAH,
Sehinggakan Abu Talib tidak boleh dibantu oleh Rasulullah,
Bapa saudara Nabi tidak memeluk Islam sampai sudah,
Begitulah kehendak Ilahi kita kena bermuhasabah.


(B)
Hidayah itu sesungguhnya milik ALLAH,
Hidup di usia emas adalah sesuatu yang indah,
Dapat mempertingkatkan sedekah serta amal ibadah,
Sebelum kita dijemput kembali ke rahmatullah.


(C)
Hidayah itu sesungguhnya milik ALLAH,
Tunaikanlah solat fardu lima waktu secara berjemaah,
Rukun Islam kedua ini usah diambil mudah,
Jika kita istiqamah dosa-dosa besar insya-Allah boleh dicegah.  


(D)
Hidayah itu sesungguhnya milik ALLAH,
Orang Islam usah disabitkan dengan kes seks bebas atau rasuah,
Pengamal dosa-dosa besar ini tidak bermaruah,
Apabila tertangkap malu besar keluarga, ibu dan ayah.

Rabu, 23 Safar 1438H



Tuesday, November 22, 2016

Puisi Jika Sudah Terlalu Tua


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,




(i)
Jika sudah terlalu tua,
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,
Umatku berumur 60 hingga 70 tahun sahaja,
Jika terlebih beribadatlah kepada Tuhan yang esa.

(ii)
Jika sudah terlalu tua,
Berulang-alik ke masjid atau surau usah dilupa,
Adakah bermanfaat berpidato di kota raya,
Anda jawablah sendiri tiada sesiapa memaksa.

(iii)
Jika sudah terlalu tua,
Seeloknya al-Quran setiap hari dibaca,
Gunakanlah masa sebaik-baiknya ketika sudah bersara,
Ketagihan berpolitik membuatkan seseorang mudah lupa.

(iv)
Jika sudah terlalu tua,
Ingatlah malaikat Izrail sedang memerhati kita,
Saya sudah memberi ingat kepada anda semua,
Melalui puisi ini moga ALLAH reda jua.

Selasa, 22 Safar 1438H

 

Monday, November 21, 2016

Puisi Anda Tidak Berpuas Hati


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


Lokasi: Aras 76, Menara 2, Menara Berkembar PETRONAS,
Kuala Lumpur, MALAYSIA


(1)
Anda tidak berpuas hati,
Berarak di jalanan serta berdemonstrasi,
Kononnya itulah trend dewasa ini,
Belum tentu tercapai matlamat yang dihajati.

(2)
Anda tidak berpuas hati,
Menyalahkan pihak lain bukan diri sendiri,
Terlalu leka dengan urusan duniawi,
Sepatutnya tunjukkan cinta pada ibu pertiwi.

(3)
Anda tidak berpuas hati,
Padahal Islam menyuruh amalkan baik budi pekerti,
Jika ada apa-apa yang perlu diperhalusi,
Berundinglah agar segala kekusutan terlerai nanti.

(4)
Anda tidak berpuas hati,
Sesetengan terlalu taasub dengan parti,
Yang tidak sehaluan diperlekehkan serta diperli,
Merasakan akulah yang tahu serba serbi.

(5)
Anda tidak berpuas hati,
Hendak diganti kerajaan yang ada hari ini,
Kenapa tidak tunggu sahaja PRU14 nanti,
Tunaikan tanggungjawab di peti undi.

(6)
Anda tidak berpuas hati,
Daku pula bersyukur qadak dan qadar Ilahi,
Hamba percaya rezeki ALLAH yang bagi,
Tidak perlu bersedih atau iri hati. 

(7)
Anda tidak berpuas hati,
Manfaatkanlah masa hidup yang ALLAH beri,
Jangan pula terlupa membaca al-Quran setiap hari,
Esok atau bila-bila masa kita akan mati.

Isnin, 21 Safar 1438H
 




Friday, November 18, 2016

Syukur ALLAH izinkan hidup ke usia emas


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


(1)
Surau Ar-Rahmah, Jalan Liku A 8/A, Seksyen 8, Shah Alam, Selangor
Tarikh: 18 Ramadan 1437H [23 Jun 2016]; sebelum azan subuh

Walaupun demam Din pergi ke Gemas,
Berhenti di restoran sambil makan ubat,
ALLAH izinkan hidup ke usia emas,
Ambillah kesempatan beramal serta bertaubat.


(2)
Ambien di Pasar Seksyen 6, Shah Alam, Selangor
Jumaat, 18 Safar 1438H [18 November 2016]

Di usia emas ambien damai terasa,
Hati dan fikiran senantiasa lega,
Menulis puisi di Jumaat dan Selasa,
Dengan izin ALLAH yang esa.


(3)
Di perkarangan The White House, Washington, D.C.
Sabtu, 30 Disember, 1978

Melawat White House hari Sabtu,
Selepas bergambar baru terasa lega,
Warga emas mengundi di Saluran Satu,
Setiap undi dikira amatlah berharga.


(4)
Jemaah mendengar Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, 
Shah Alam, Selangor

Amin suka mengail ikan kurau,
Telefon bimbit di simpan dalam seluar,
Warga emas elok berulang-alik ke surau,
Jangan biar diperalatkan pihak luar.
(5)
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor

Selepas Ramadan datang pula Syawal,
Semasa Aidilfitri pulang ke Bandar Serian, 
Warga emas melaburlah dari awal,
Dapat juga membantu perbelanjaan harian.

Jumaat (penghulu hari), 18 Safar 1438H

 

Wednesday, November 9, 2016

Donald Trump: The Dust Has Settled


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH be upon you)

 Screen shot from Sky News






 I had posted in my blog earlier on Oct 15, 2016
stating that Donald Trump will be the 45th U.S. President
under the title "Is Donald Trump the next U.S. President?"




  The U.S. Vice-President-Elect and his family








 The 64-page book written by James Barber, 
in association with Smithsonian Institution,
Dorling Kindersley (2000) 


Rabu, 9 Safar 1438H
 

Kamu Tidak Berpuas Hati


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,

 (1)

Kamu tidak berpuas hati
Tentang ambien masa kini,
Kepemimpinan kononnya tidak disukai,
Tukarlah ketika PRU14 nanti. 


(2)

 Kamu tidak berpuas hati,
Kefahaman kita tidak seerti,
Elak dari menuding jari,
Mungkin terkena keluarga sendiri.


(3)

Kamu tidak berpuas hati,
Banyakkah sumbangan selama ini,
Atau sekadar pandai mencaci,
Kekurangan orang dikorek dicari.


(4)
Kamu tidak berpuas hati,
Banyak bercakap di sana sini,
Di jalanan pula ingin beraksi,
Terlupakah kita akan mati.


(5)

Kamu tidak berpuas hati,
Dalam diri adakah integriti,
Hati mati berjerebu sekali,
Ingatlah kita diperhatikan Ilahi.


Rabu, 9 Safar 1438H

Friday, November 4, 2016

Hospital Shah Alam Di Pagi Jumaat


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


Hospital Shah Alam, dari arah tempat letak kereta
Jumaat, 4 Safar 1438H [ 4 November 2016 ]


Hospital Shah Alam tempat dilawat,
Banyak perkara boleh dibuat,
Menulis puisi atau surat,
Boleh juga mengasah bakat.



 Salah satu papan tanda dari arah tempat meletak kereta


Bagi pesakit yang datang buat pertama kali untuk mendapatkan
rawatan, eloklah pergi bertanya di Kaunter Informasi terlebih dahulu


Papan tanda yang menunjukkan aras di mana letaknya klinik-klinik pakar


Koridor menuju ke Kaunter Hasil Utama dan lain-lain tempat


Papan tanda yang jelas menunjukkan waktu rawatan dari hari Isnin hingga Jumaat


Pintu masuk ke Jabatan Perubatan Rehabilitasi


Ambien di dalam Jabatan Perubatan Rehabilitasi.
Pesakit menunggu untuk menjalankan aktiviti fisioterapi


 Di pagi Jumaat, suasana di Hospital Shah Alam agak sunyi sedikit


Jumaat, 4 Safar 1438H




 
 

Thursday, November 3, 2016

Acar Buah tepian's Malaysia


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


 Nyamannya warna hijau padi di sawah,
Petani sekarang menggunakan peralatan terkini,
Jika anda sedang mencari acar buah,
Cubalah Acar Buah tepian's ini.


 Acar Buah tepian's ... tanpa biji ... dibuat dari 13 jenis buahan

  Di dalam syurga nanti ada bidadari,
Cantiknya bukan kepalang usah ditanya,
Makanan halal toyyibah wajib dicari,
Acar Buah tepian's ini satu darinya.


 
Berat isi kandungan bersama botol: 230 gm; 
dengan harga RM22.00 sebotol
Hubungi: Razin (whatsapp: +60102310834)  

Acar Buah tepian's lazat rasanya,
Makanan ini home-made di Shah Alam,
Anda tidak menyesal jika membelinya,
Boleh dimakan dari pagi sampai malam. 

Khamis, 3 Safar 1438H
 

Tuesday, November 1, 2016

When An Evacuation Becomes Necessary


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH be upon you).

 As published in New Straits Times, LETTERS Column
on Tuesday, 1 November 2016


As captured by Google

Selasa, 1 Safar 1438H