Sunday, November 24, 2019

WAQAF MASJID SYABAB @ LOMBOK

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


SYABAB CARE MALAYSIA membuka peluang untuk umat Islam di seluruh dunia bagi menghulurkan sedekah dan derma untuk pembinaan Masjid Syabab di Lombok, Indonesia.

Risalah yang disertakan di sini diambil sendiri oleh saya selepas Kuliah Maghrib di Surau Ar-Rahmah, Jalan Liku A 8/A, Seksyen 8, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. Kuliah Maghrib disampaikan sendiri oleh Ustaz Mohd Taufik Bin Mohd. Yusof (UTY) pada hari Ahad, 24 November 2019. 




Sama-samalah kita bersedekah dan menderma kerana ALLAH SWT jua.


27 Rabiulawal 1441H

Thursday, November 21, 2019

5 GREAT Ways To Success

Assalamualaikum Wa Rahmatullah
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)





Khamis, 24 Rabiulawal 1441H

Wednesday, November 20, 2019

Bukan Helang Sebarang Helang

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,



Bukan helang sebarang helang,
Helang terbang dari utara,
Bukan lalang sebarang lalang,
Menjadi lalang ketika tua.

Rabu, 23 Rabiulawal 1441H



Wednesday, July 10, 2019

PERHENTIAN BAS GELAP DI SEKSYEN 3, SHAH ALAM

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,




Cerita perhentian bas yang bergelap di Bandar Raya Shah Alam sudah pun bertahun. Kali ini, saya menghantar cerita kepada akhbar UTUSAN MALAYSIA, ruangan FORUM, untuk disiarkan.

Terima kasih kepada Pengarang, ruangan FORUM, kerana sudi menyiarkannya pada Selasa, 09 Julai 2019.  

Moga pihak berwajib, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak segera, memperbaiki keadaan. Difahamkan, unit yang bertanggungjawab ialah Bahagian Pengangkutan Bandar.






7 Zulkaedah 1440H

Saturday, February 9, 2019

Hentian Akhir Bandar, Seksyen 19, Shah Alam


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,





Penduduk Shah Alam mendesak agar Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Tuan Mohd Rashidi Bin Ruslan "turun ke padang" melihat sendiri fasiliti HENTIAN AKHIR BANDAR yang terletak di Jalan Parang 19/8, Seksyen 19, Shah Alam.

ISU: setelah hampir lapan (8) bulan beroperasi, masih:
- tiada air di surau, tempat mengambil wuduk,
- tandas di depan surau pun dikunci (kerana ketiadaan air).

Isu ini telah dikemukan/disalurkan melalui twitter dan juga emel, termasuklah siaran dalam akhbar Sinar Harian (@ADUAN) pada Sabtu, 9 Febeuari 2019.

Keadaan sebegini sangat menyusahkan para penumpang dan pelawat untuk berwuduk, lebih-lebih lagi bagi OKU. Sekiranya pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak bertindak, para penduduk mungkin berikhtiar cara lain pula, termasuk membuat aduan kepada pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). 





Sabtu, 4 Jamadilakhir 1440H