Tuesday, July 14, 2020

Mural Gergasi Di Seksyen U12, SHAH ALAM

Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH Be Upon You)



Mural gergasi ini terletak di JALAN SELASIH K U12/K, SEKSYEN U12, BANDAR RAYA SHAH ALAM. 

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan berangkat melawat mural gergasi ini pada Jumaat, 10 Julai 2020, bersamaan dengan 18 Zulkaedah 1441H.



Pada 10 Julai 2020, kita berada dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-115 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ke-31.  

Saya berkesempatan melawat serta bergambar di lokasi tersebut pada Selasa, 14 Julai 2020. Selain bergambar disisi mural gergasi Tuanku, saya juga bergambar disisi mural gergasi Y.B. Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).







Selasa, 22 Zulkaedah 1441H