Wednesday, August 6, 2025

Longkang yang terdedah wajib ditutup

 Assalamualaikum Wa Rahmatullah,





Terima kasih kepada Pengarang, ruangan Forum, akhbar Utusan Malaysia kerana telah sudi menyiarkan penulisan saya, pada hari Rabu, 6 Ogos 2025.


Moga dengan siaran ini, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengambil tindakan yang positif, dengan kadar yang paling segera.


Untuk rekod, penutup longkang ini sudah lama hilang, iaitu lebih dari setahun.

12 Safar 1447H



Wednesday, March 26, 2025

PEPAKU JALAN RESAHKAN PENGGUNA JALAN RAYA

 Assalamualaikum Wa Rahmatullah,




Terima kasih diucapkan kepada Pengarang, ruangan Forum, akhbar Utusan Malaysia, kerana telah sudi siarkan penulisan saya, pada hari Isnin, 26 Mac 2025.

Moga dengan penulisan ini, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan yang betul, demi kepentingan para pemandu di Bandar Raya Shah Alam.

Sesungguhnya, pemasangan pepaku jalan atau "road stud" ini menimbulkan rasa kurang senang kepada pemandu. Kereta bergegar kuat, lebih dari biasa, disamping kena membrek. Untuk jangka masa panjang, tayar kereta mungkin lebih cepat haus.

25 Ramadan 1446H

Monday, March 24, 2025

Pengguna merungut lalui jalan ada road stud, kereta bergegar

 Assalamualaikum Wa Rahmatullah,



Terima kasih kepada Pengarang, ruangan Luahan Pembaca, KOSMO! atas siaran ini. Moga pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan yang betul, bagi keselesaan para pemandu.

23 Ramadan 1446H