Friday, August 30, 2013

Umrah Pertama: Satu Perjalanan .....




Cerita ini di tulis dari hati, khas untuk para pembaca blog saya. Semuga anda & keluarga semua di rahmati Allah.

Ianya tentang ibadat Umrah saya yang pertama. Ia bertujuan untuk berkongsi ilmu, kerana Allah; tidak lebih dari itu. Allah telah mengizinkan saya menjadi tetamuNya, jadi inilah sedikit coretan saya untuk mengucapkan “Terima Kasih” kepadaNya.

Kejayaan isteri saya, Dr Rokiah menunaikan ibadat Umrahnya yang pertama pada awal Jun 2006 telah membuka mata saya. Pemergiannya adalah bersama-sama dengan kakitangan-kakitangan koperasi di tempat ia bekerja.

Semasa berangkat, saya telah meminta dia berdoa dihadapan Kaabah agar saya juga dapat mengerjakan ibadat Umrah ini dalam masa yang terdekat.

Tanpa berlengah lagi, saya telah mendaftarkan diri dengan Tabung Haji Travel pada 15 Julai 2006 serta membayar wang pengdahuluan sekali. Bakinya saya jelaskan dua minggu kemudian.Tarikh penerbangan adalah pada 23 Ogos dan pulang ke tanah air pada 31 Ogos.

Tabung Haji Travel memang ada menjalani program ceramah / kuliah untuk mereka yang akan menunaikan Umrah. Ia di adakan pada setiap Sabtu, dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari di surau Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Berhampiran dengan bilik kuliah ada beberapa buah gerai yang menjual pakaian dan peralatan untuk mengerjakan Umrah. Barang-barang seperti kain ihram, tali pinggang, t-shirt yang berzip di dada, selipar, kopiah, lip balm, uncang kasut dan pakaian-pakaian wanita boleh di beli dengan harga yang berpatutan.

Berdasarkan kepada kuliah yang saya hadiri, saya telah membuat satu ringkasan tentang Rukun dan Wajib Umrah (juga termasuk perbuatan Sunat semasa membuat ibadat Umrah). Seperti yang saya nyatakan di atas, ini hanyalah untuk perkongsian ilmu, para pembaca boleh mendapatkan perkara-perkara ini dari sumber yang lain.

Amalan-amalan sunat terlalu banyak untuk di buat, jadi tidak semuanya tertulis di sini.Para penceramah ada berkata agar kita buat ibadat ikut kemampuan (diri sendiri).

Pengertian Umrah: Ia adalah satu perbuatan dengan berpakaian ihram serta menziarahi Baitullah Al Haram kerana mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan bertahalul dengan menurut segala syarat-syarat serta menunaikan segala rukun-rukun dan wajibnya.

         Rukun dan wajib Umrah serta amalan sunat semasa di rumah dan di Madinah


                         Rukun, Wajib dan Sunat Umrah semasa berada di Makkah



            Tabung Haji Travel membekalkan bag "hand-carry" dan juga bag sandang


23 Ogos 2006

Selepas mengerjakan perkara-perkara sunat di rumah, saya bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan kenderaan yang di pandu oleh isteri saya.Sebelum ke KLIA, kami singgah di salah sebuah kolej universiti di Subang Jaya untuk menjemput anak kami, Syazana yang juga ingin menghantar saya.Kakak kepada Syazana, iaitu Sarah (sekarang Dr.) pada ketika itu sedang belajar di luar negara.

Oleh kerana perjalanan saya akan pergi ke Madinah dahulu, melalui Jeddah, saya mengenakan pakaian biasa sahaja.



                     Surat pemberitahuan tentang tarikh dan masa untuk melapor diri


       Dokumen semasa mengerjakan Umrah pertama yang masih tersimpan dengan baik



  Visa dan suntikan adalah di antara dokumen yang perlu



Bersama isteri saya, Dr Rokiah di KLIA sebelum berlepas


Kami berlepas dari KLIA dengan penerbangan MH 150 lebih kurang pada pukul 4:00 petang dan tiba di Jeddah lebih kurang lapan jam kemudiannya. Selepas selesai segala urusan imigresen dan bagasi (dengan dibantu oleh mutawif), kami menaiki bas menuju ke Madinah.Masa perjalanan hampir enam jam (424 kilometer).Bas kami singgah di pertengahan jalan untuk berehat sekejap sambil makan malam.

24 Ogos 2006

Kami tiba di Madinah hampir pukul 1:00 pagi pada 24 Ogos.Penginapan kami adalah di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Saya tinggal bersama-sama dengan tiga orang yang lain.

Waktu-waktu solat adalah seperti berikut:
Subuh: 4:36 pagi
Zohor: 12:23 tengah hari
Asar: 3:53 petang
Maghrib: 6:36 petang
Isyak: 8:16 malam


                          Jadual atur cara semasa mengerjakan Umrah pada 2006


Selepas solat subuh di Masjid Nabawi, kami pulang ke hotel dahulu untuk makan sarapan pagi. Pada pukul 7:00 pagi, para jemaah lelaki di bawa melawat Makam Rasullullah s.a.w., Abu Bakar r.a. dan Umar al-Khattab r.a. Selepas itu, semua jemaah di bawa pula melawat Perkuburan Baqi’ yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi.

                         Pandangan Masjid Nabawi yang di ambil dari Perkuburan Baqi'

Di waktu pagi saya ada menghantar pesanan ringkas (sms) kepada anak saya Sarah di Newcastle, Australia. Saya menerima balasan (yang sama) darinya sebanyak 10 kali. Melalui perbualan telefon, dia berkata yang dia cuma balas sms saya sekali sahaja.Setelah berbual, saya menutup telefon bimbit saya selepas itu.

25 Ogos 2006 (Jumaat)

Selepas solat subuh di Masjid Nabawi, saya buka kembali telefon bimbit saya dan menerima jawapan sms yang sama lagi (seperti kelmarin) dari anak saya. Jawapannya juga sebanyak 10 kali.Saya tutup sekali lagi telefon bimbit saya. Saya terlintas untuk berdoa kepada Allah: “Ya Allah, engkau alihkanlah satellite ini yang mengganggu telefon bimbit ku ini ya Allah”. Setelah saya buka kembali, ianya berfungsi seperti biasa.Semuanya berlaku dengan izin Allah.

Bermula dari pukul 7:30 pagi, kami di bawa menziarah tempat-tempat bersejarah di luar kota Madinah. Tempat pertama ialah Masjid Quba yang juga dikenali sebagai Masjid At Taqwa.Kami tiba pada pukul 7:50 pagi.Ada hadis Nabi yang bermaksud:

“Barang siapa yang bersuci (mengambil wuduk) daripada rumahnya di Madinah kemudian ke Masjid Quba sama ada berjalan kaki atau pun menunggang kenderaan dan bersolat dua rakaat di masjid tersebut kemudian pulang ke Madinah dia mendapat pahala seperti mengerjakan satu Umrah”.


 Riwayat ada mengatakan bahawa Nabi Muhammad berkunjung ke Masjid Quba ini pada setiap Sabtu


Selepas itu, kami dibawa pula menziarahi Jabal Uhud dan Makam para Syuhada (Syaidina Hamzah) pada pukul 9:12 pagi; Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) pada pukul 9:40 pagi; medan peperangan Khandaq; dan pasar kurma yang terletak dekat dengan Masjid Nabawi.


                                             Jabal Uhud dan Makam para Syuhada


       Pandangan dari luar sebuah pasar kurma yang berhampiran dengan Masjid Nabawi


 Selepas pulang ke hotel, para jemaah bersiap untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi.Ia bermula pada pukul 12:24 tengah hari.Masa-masa lainnya kami berulang alik ke masjid untuk menunaikan solat fardhu berjemaah.

26 Ogos 2006

Hari ini ialah hari terakhir buat kami berada di Madinah.Selepas solat subuh, saya terus membuat wada dengan Rasullullah di hadapan makamnya. Saya berdoa agar saya dan keluarga akan dapat berada di sini lagi pada masa-masa yang akan datang.

Pada pukul 8:15 pagi, dengan berpakaian ihram, kami menunggu bas dihadapan hotel penginapan kami untuk perjalanan seterusnya ke Makkah bagi memulakan ibadat Umrah.Bas bertolak pada pukul 8:26 pagi. Jarak perjalanan sejauh 447 kilometer.

Lebih kurang 20 minit perjalanan, bas kami berhenti di Masjid Bir Ali, iaitu miqat  untuk kami berniat untuk menunaikan Umrah.Selepas menunaikan solat sunat dua rakaat, kami menaiki bas kembali.Sebelum bas bertolak, mutawif kami mengingatkan para jemaah supaya berniat Umrah.

Niat Umrah berbunyi: Sahaja aku berniat mengerjakan Umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala”. Waktu itu jam menunjukkan pukul 9:05 pagi.

(NOTA: Untuk wanita, mereka ada niat bersyarat: sama ada ketika suci atau pun ketika sedang haid).

Selepas berniat, kita mesti meninggalkan pantang larang yang 13, sehingga selesai tahallul.

Apabila bas sudah bertolak, kami beramai-ramai bertalbiah, yang bermaksud:

Aku datang menyahut panggilanMu
Aku datang menyahut panggilanMu, tidak ada sekutu bagiMu
Sesungguhnya segala puji
Dan nikmat
Adalah milikMu juga segala kekuasaan
Tidak ada sekutu bagiMu

     Sunat untuk kita bertalbiah selepas berniat Umrah sehingga sebelum mengerjakan tawaf




                          Penulis berpakaian ihram di miqat pertama di Masjid Bir Ali

Perjalanan ke Makkah memakan masa hampir enam jam.Jemaah kami berpecah dua, satu kumpulan tinggal di Hotel Firdous Makkah (berhampiran Masjidil Haram); saya dan kumpulan ke-dua di Hotel Firdous Palace (10 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram).Setiap hotel mempunyai mutawif masing-masing.

Selepas solat asar di hotel, kami menunggu mutawif di lobi hotel kerana kami akan mengerjakan Umrah yang pertama. Hati saya berdebar sedikit kerana inilah juga Umrah pertama dalam hidup saya. Segala teori yang telah saya belajar dan baca akan di praktikkan nanti dengan sebaik-baiknya.



Kami kena pastikan segala hukum Umrah (rukun dan wajib) disempurnakan dengan betul dan tidak melanggar pantang larang yang 13 (jika di langgar, bayaran dam akan di kenakan).



Pada pukul 5:00 petang, mutawif membawa kami secara berkumpulan untuk mengerjakan rukun Umrah – Tawaf (hati saya berdebar dan merasa bersyukur semasa memandang Kaabah buat kali pertama), Sa’ie dan Tahallul. Syukur, kami semua selesai menyempurnakan ibadat Umrah yang pertama pada pukul 6:35 petang, sebelum masuk waktu maghrib.Kami minum air zam-zam sebelum pulang ke hotel.



27 Ogos 2006



Untuk hari Ahad ini, pihak TH Travel memberikan acara bebas (persendirian) untuk para jemaah.Selepas solat subuh, saya berusaha untuk mencium Hajar Al-Aswad. Syukur Alhamdulillah, saya dapat menciumnya pada lebih kurang pukul 5:25 pagi.



Pada waktu-waktu lain, masa di habiskan dengan beribadat dan berzikir di Masjidil Haram.Saya membuat tawaf sunat sebelum solat asar.


                             Pandangan pintu Kaabah dan Makam Ibrahim



                                 Pandangan di perkarangan Kaabah di waktu pagi



                       Pemandangan di sebelah luar pintu King Fahd selepas solat Isyak



28 Ogos 2006

Bermula dari pukul 7:30 pagi, mutawif membawa para jemaah untuk pergi melawat ke tempat-tempat yang bersejarah di sekitar kota Makkah. Kami di bawa melawat tempat-tempat berikut:

Jabal Thur (7:50 pagi)
Padang Arafah (8:30 pagi)
Muzdalifah (9:10 pagi)
Jamrah di Mina (9:15 pagi)
Masjid Ja’ranah (miqat kedua, berniat Umrah) (9:35 pagi)
Jabal Nur (10:30 pagi)

Setelah pulang ke hotel, saya terus ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Umrah kedua, memandangkan saya masih berwuduk.Tawaf di kerjakan dengan tenang dan rasa selesa untuk mengerjakan solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim.Selepas sa’ie, saya bertahallul pada pukul 12:15 tengah hari.

29 Ogos 2006

Hari ini, kami di bawa melawat:
Muzium Haramain
Ladang ternakan unta
Hudaibiyah (miqat ketiga, berniat Umrah)

Umrah ketiga di lakukan dengan selesa juga.

30 Ogos 2006

Hari ini merupakan hari terakhir untuk kami berada di Makkah. Hukum wajib Umrah yang perlu di buat ialah Tawaf Wada’. Ia perlu di lakukan lebih kurang dua jam sebelum bas bertolak.

Pukul 11:00 pagi, bas kami meninggalkan Makkah dan berjalan menuju Jeddah. Penerbangan kami (MH 151) untuk pulang ke Kuala Lumpur adalah pada pukul 9:00 malam.

Perjalanan ke Jeddah memakan masa hampir satu jam (72 kilometer). Kami berhenti makan tengah hari dan bersolat di Hotel Holiday Inn.Kami juga di bawa melawat pusat membeli belah dan juga Masjid Terapung yang terletak di Laut Merah.


                                  Masjid Terapung yang terletak di Laut Merah, Jeddah


31 Ogos 2006

Pesawat kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 10:40 pagi. Syukur Alhamdulillah, segala urusan Umrah dapat disempurnakan dengan aman, selesa dan yakin. Saya berdoa agar Allah memberikan keizinan lagi kepada saya dan keluarga untuk kami menjadi tetamuNya di lain-lain hari yang mendatang.

Allahhuakbar, Allah Yang Maha Agung.


Jumaat (Penghulu Hari), 23 Syawal 1434H









28 comments:

  1. Terima kasih en Kamaruddin 'menghantar' pantun ke email saya... saya tak pandai berpantun. alhamdulillah! en Kamaruddin dah pun sampai ke Mekkah... saya belum lagi... blog saya tu tempat saya mencatatkan segala kenangan manis saya dengan anak-anak...

    ReplyDelete
  2. Assalam.

    Saudari & keluarga boleh fokus untuk pergi ke Makkah untuk membuat Umrah, insyaAllah dapat pergi. Sebelum 2006, jika kawan-kawan saya bercakap pasal buat Umrah, hati saya tidak tersentuh (ketika itu!). Beberapa hari sebelum bertolak, ketua saya di pejabat (Pengurus Besar) menghadiahkan kain ihram (balik rumah, menitik air mata saya).

    Semuga anda dan keluarga beroleh kejayaan dan di rahmati Allah selalu.

    Terima kasih.

    Kamaruddin Hassan

    ReplyDelete
  3. Pada siapa yang pernah menjejaki kaki ke Madinah dan Mekah. Hati akan terpaut untuk kembali ke sana, insyaAllah mudah2an kami akan sampai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Murni.

      Selepas Umrah pertama, saya dan keluarga pergi lagi. Kalau ada rezeki lebih, kami akan pergi lagi, terasa nyaman menjadi "tetamu Allah".

      Saya ada terbaca bahawa Nabi Muhammad, s.a.w. ada bersabda: "Tidak perlulah bersusah payah untuk sampai ke sesuatu tempat melainkan pada tiga tempat; Masjidil Haram, Masjid Nabawi, dan Masjid al-Aqsa.

      Selamat maju jaya kepada Murni & keluarga.

      Terima kasih.

      Kamaruddin Hassan


      Delete
  4. Salam Tn Hj,
    isteri Tn Hj Dr Rokiah tu pensyarah UITM ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Tuan. Dr Rokiah masih bertugas sebagai Prof. Madya dekat Faculty of Business Management, UiTM, Shah Alam. Sudah dekat hendak retire.

      Saya tengok banyak pingat-pingat Tuan, tahniah.

      Terima kasih.

      Kamaruddin Hassan

      Delete
  5. semoga perkongsian ini banyak memberi manfaat kepada para pembaca

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sdr. Hanafi.

    Saya pun berharap agar pembaca mendapat manfaat dari tulisan saya ini. Ada sedikit ilmu, kita kongsi bersama.

    Wasallam.

    Kamaruddin Hassan

    ReplyDelete
  7. terima kasih en kamaruddin sebab sudi menjengah ke blog saya yang saya rasa sangatlah caca marba. perkongsian en kamaruddin sangatlah terperinci...moga perkongsian ilmu dan pengalaman en kamaruddin dapat memanafaatkan pembaca. InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. Terima kasih, Amirah.

    Saya suka berkongsi pengalaman sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama kita orang Islam. Juga sesiapa yang boleh menulis, tulislah buat perkongsian. Rugi rasanya kalau 'experience' yang kita alami, kita "simpan dalam hati" sahaja.

    Dari pengalaman, saya rasa terharu menerima balasan dari seorang yang bergelar "Tun" yang berkata: "Keep on writing".

    Wasallam.

    Kamaruddin Hassan

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum....walaupundah lama tapi masih ingat pengelaman Umrah pertama..semoga dapat yg mabror.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam Hj. Arshad, terima kasih kerana singgah di blog saya. Saya pasti Tuan Hj. beroleh kedamaian tinggal di kota suci Makkah al-Mukarramah.

    Selepas umrah pertama, saya berkesempatan mengerjakan haji pada 2011 dan umrah sekali lagi selepas itu. Syukur, cukup nyaman menjadi "tetamu Allah", seandainya Dia tidak berkenan, kita tidak sampai kesana.

    Terima kasih.

    Kamaruddin Hassan

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan Haji..

    Membaca catatan pengalaman di Tanah suci Makkah dan Madinah memang sangat terkesan dihati, ia kenangan indah bagi setiap tetamuNya. Hati sentiasa teringat-ingat untuk ke sana lagi.

    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kembali, Hjh. Ummiross.

    Saya pun telah membaca blog salamborneo dah terpegun. Esok, Sabtu 7 September, para "tetamu Allah" akan mula berangkat dari Kelana Jaya ke tanah suci Makkah dan Madinah untuk menunaikah ibadat haji. Kita doakan mereka beroleh Haji yang Mabrur.

    Kita sedia maklum melalui ibadat haji kita yang lalu bahawa kesabaran dalam ibadat adalah yang paling utama. Ada sedikit keresahan tentang keadaan setempat (misalnya di Mina), kita terima lah ia sebagai dugaan duniawi.

    Wasallam.

    Kamaruddin Hassan

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Tn Hj Kamaruddin

    Tak kenal maka tak cinta
    mukin ini peribahasa yg boleh kita katakan setelah menjejaki kaki ke tanah suci...ingin selalu menjadi tetamuNya lagi...Insyaallah

    terima kasih

    ReplyDelete
  14. Terima kasih, saudara.

    Memang betul, kalau ada rezeki lebih, tiada tempat lain yang patut kita lawati melainkan Makkah dan Madinah (mungkin juga masjid al-Aqsa).

    Kamaruddin Hassan.

    ReplyDelete
  15. Kata-kata motivasi yg anda berikan semoga memberikan semangat bagi mereka yg belum berkesempatan pergi haji, pelajaran yg anda berikan membuka hati untuk segera bertemu Allah di Baitullah, doakan saudara2 kita yg lain yg belum berkemampuan utk berangkat agar diberi kemudahan utk memnunaikan ibadah haji. Thanks for your story.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih, saudara.

    Sekarang sudah masuk bulan haji. Jemaah haji sudah mulai tiba di Makkah al-Mukarramah. InsyaAllah, para jemaah akan wukuf di Arafah pada Isnin, 9 Zulhijah 1434H (14 Oktober 2013).

    Kita sama-sama dokan agar para jemaah mendapat haji mabrur dan kepada mereka yang belum pergi, semuga mereka bersabar dan terus berdoa agar dapat menunaikan haji dalam masa yang terdekat.

    Labbai kallah humma labbaik

    Wasallam.

    Kamaruddin Hassan


    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum tuan haji,
    alhamdullilah. syukur, dapat membuat umrah.. terima kasih sudi menghantar email kepada sheila. sheila berdoa, semoga sheila dan suami dapat menunaikan umrah dan haji bersama-sama. insyallah. salam perkenalan buat tuan haji :)

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam Sheila & suami, terima kasih kerana sudi membaca entry dalam blog saya. Semua penulisan saya adalah untuk menyebar artikel-artikel, seboleh-bolehnya berkenaan agama (che wah!).

    Sheila & keluarga harus lebih cekap dari saya. Saya buat umrah pada 2006 dan haji pada 2011 (usia sudah lanjut) dan umrah sekali lagi, beberapa bulan selepas itu. Pergilah ke Makkah dan Madinah untuk menjadi "tetamu Allah" semasa kesihatan berada didalam keadaan tip top.

    Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Sheila & keluarga.

    Salam hormat,

    Kamaruddin Hassan

    ReplyDelete
  19. Masya Allah, semoga saya dapat menunaikan ibadah Haji ini secepat mungkin.

    Semoga Haji sekeluarga sentiasa diberkati Allah swt.

    With best regards - Sophiaan & family

    ReplyDelete
  20. Terima kasih, saudara Mohamad Sophiaan Assoari & keluarga.

    Saya juga mendoakan agar saudara & keluarga dapat menunaikan ibadat haji dalam masa yang terdekat. Kebertugasan saudara di London ada hikmahnya. Saya bukanlah pandai sangat, tetapi dalam usia emas ini, apa yang berlaku biasanya Allah bagi kelebihan kepada kita & juga keluarga.

    Selalulah berdoa dan memohon kepadaNya!

    Selamat maju jaya kepada saudara & keluarga di London.

    Wasallam.

    Kamaruddin Hassan

    ReplyDelete
  21. Nice blog tuan hj. Tq hantar pantun ke email saya

    ReplyDelete
  22. Assalam dan terima kasih, Hjh. Jamaliah.

    Tujuan kita menulis dalam blok adalah untuk berkongsi sesuatu yang kita tahu dengan para pembaca yang menjengah blog kita.

    Saya cuba-cuba untuk berpantun, kerana (bagi sayalah) belum ternampak lagi penulis blog yang berpantun.

    Kata Coco Chanel: "In order to be irreplaceable one must always be different".

    Kita kena cuba sesuatu yang lain.

    Sorry, panjang pula cerita saya.

    Wasallam.

    Kamaruddin Hassan

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum.
    terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. InsyaAllah setiap niat yang baik itu akan diredhai ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam sdri. Hazlin Nazri,

      Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca entry saya.

      Sarapan pagi di rumah Syazanah
      Hidangan kopi dan roti
      Hati rindu hendak ke Madinah
      Moga Allah kabulkan nanti

      Warm regards,

      Kamaruddin B Hassan

      Delete
  24. Assalam Tuan Haji,
    saya belum pernah mengerjakan ibadat umrah dan tulisan Tuan Haji banyak memberi pengetahuan dan gambaran tentang perjalanan ibadah umrah khasnya rajah panduan.rukun wajib dan sunat umrah yang diberikan. Saya mohon izin Tuan Haji untuk menggunakan rajah tetsebut sebagai panduan dalam ibadah umrah ini. Mohon izin Tuan Haji

    ReplyDelete
  25. Assalam Tuan Haji,
    saya belum pernah mengerjakan ibadat umrah dan tulisan Tuan Haji banyak memberi pengetahuan dan gambaran tentang perjalanan ibadah umrah khasnya rajah panduan.rukun wajib dan sunat umrah yang diberikan. Saya mohon izin Tuan Haji untuk menggunakan rajah tetsebut sebagai panduan dalam ibadah umrah ini. Mohon izin Tuan Haji

    ReplyDelete