Sunday, April 24, 2016

Puisi Terpegunlah Hamba


Assalamualaikum,

Latar belakang: The White House, Washington D.C.
Sabtu, 30 Disember 1978, di waktu pagi


(1) 
Terpegunlah hamba,
Selepas sekian lama tuan masih sudi berbicara,
Diri ini tiada mempunyai apa-apa,
Hanya ingatan masa lalu yang mesra.


(2)
Terpegunlah hamba,
Walaupun sudah berpuluh tahun tidak berjumpa,
Belum sempat pun bersua muka,
Namun perkenalan semasa di pengajian masih subur di dada.


(3)
Terpegunlah hamba,
Rasa gembira tuan mengharungi penghidupan yang selesa,
Berkasih sayang dengan keluarga,
Itulah rahmat dari ALLAH subhanahu wa taala jua.


Bergambar di Statue of Liberty Ferry, New York City, NY.
Sabtu, 24 November 1979


16 Rejab 1437H



4 comments:

  1. Bro KH...terasa feeling nya....gambar tu, menambahkan makna nya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro ZM,

      Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.

      Allahyarham bapaku berasal dari Melaka,
      Berhijrah ke Terengganu di zaman Inggeris dahulu,
      Perangcangan ALLAH elok belaka.
      Hendak bersungut terasalah malu.

      Delete
  2. Bro KH...terasa feeling nya....gambar tu, menambahkan makna nya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro ZM,

      Hari panas cepat dahaga,
      Biasakan minum air kelapa,
      Kasih sayang kepada keluarga,
      Peristiwa lalu kenalah dilupa.

      Delete