Sunday, January 29, 2017

Hanya Sebuah Puisi: Hendak Seribu Daya


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


 Suasana biasa di sebuah surau, sebelum masuk waktu imsak


(i)
Hendak seribu daya,
Tak hendak seribu dalih termasuk saya,
Jika tidak dikawal ia mungkin berbahaya.

(ii)
Hendak seribu daya,
Tidak salah menjadi kaya,
Boleh membantu Islam termasuk di Syria.

(iii)
Hendak seribu daya,
Buatlah sesuatu berasaskan ilmu moga berjaya,
Seperti cerita sang kancil dengan buaya.

(iv)
Hendak seribu daya,
Makan pagi dengan roti disapu kaya,
Solat berjemaah antara sifat orang yang berjaya.

(v)
Hendak seribu daya,
Bila berkempen tidak perlu lebih gaya,
Yang penting apa disampaikan pengundi percaya.  


Ahad, 1 Jamadilawal 1438H

Tuesday, January 24, 2017

Cherish your own window of opportunity


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH be upon you)


(A)


Barahineban, university accommodation at
The University of Newcastle, AUSTRALIA

When I was in secondary school, I used microscope. However, during my eldest daughter's time, she's using the stethoscope.


(B)


Limehurst university accommodation at
University of Reading, ENGLAND


One of my hobbies is reading. But to accompany my youngest daughter's registration at University of Reading, it was something that falls from the sky.

 Selasa, 25 Rabiulakhir 1438H

 

Sunday, January 22, 2017

Laungan Azan Haji Zahali Madun


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


(1)

Haji Zahali bin Madun,
Muazin Lantikan oleh Majlis Agama Islam Selangor 
untuk tempoh dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2019
bagi Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, Shah Alam, SELANGOR  

Haji Zahali Madun muazin Surau Ar-Rahmah,
Laungan azan terdengar sampai ke rumah,
Menjalankan tugasan dengan penuh amanah,
Sesungguhnya keperibadian seorang yang berhemah.


(2)


Tugasan seorang muazin sangat mulia,
Melaungkan azan satu ibadah yang berpahala,
Dimulakan oleh Bilal bin Rabah bekas seorang hamba,
Tapak kakinya didengar Rasulullah di dalam syurga.


(3)



Surau Ar-Rahmah untuk kita semua,
Boleh diibaratkan sebagai rumah kedua,
Laungan azan Haji Zahali qariah rasa selesa,
Moga para jemaah hidup dalam sejahtera.

Ahad, 23 Rabiulakhir 1438H


Friday, January 20, 2017

Jika Sudah Melebihi USIA EMAS


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


Dua orang WARGA EMAS dari Kurdistan, Utara Iraq
Lokasi: Dataran Masjidilharam, Makkah, Saudi Arabia
Tarikh: 24.4.2013; sementara menunggu masuk waktu Isyak


(i)
Jika sudah melebihi USIA EMAS,
Melampaui 60 tahun usahlah cemas,
Seeloknya amal ibadat terus diperkemas,
Tiada keperluan berada di atas pentas.

(ii)
Melewati USIA EMAS anugerah ALLAH,
Gunalah sebaik mungkin persis di sekolah,
Jauhi tabiat suka hendak berbalah,
Urusan dunia usah kita berpecah belah.

(iii)
Mengatasi USIA EMAS bukannya semua,
Jika diberi syukurlah kita terima,
Bersolat taubat & berzikir hendaklah bersama,
Ziarah makam Rasulullah sesuatu yang kena.

Jumaat (penghulu hari), 21 Rabiulakhir 1438H

Monday, January 16, 2017

My Quotes for January 2017


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH be upon you)


(A) They Just Don't Like It
 

You can share many things with others in social media, except your write-up/articles (published or otherwise); they just don't like it.


(B) Problem Solving

Signages (BEFORE and AFTER) at Section 21, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA 

If we are committed to solve any problem, then the first step in the right direction is for us to recognise that there is one.


(C) The Early Bird
 Image taken at Section 8, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

 Only the early bird can capture the image of other early birds


(D) Be Observant
Image taken at Section 8, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

 Be observant with people walking outside your gate.

Isnin, 17 Rabiulakhir 1438H

Saturday, January 14, 2017

Buatlah Apa Yang Rasulullah Suka


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


Pintu Makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah
[Gambar oleh Kamaruddin Hassan]


(1)
Buatlah apa yang Rasulullah suka,
Nabi dan ALLAH berpisah tiada,
Hidup kita insya-Allah aman sejahtera,
Fokus yang utama ialah memasuki syurga.

(2)
Buatlah apa yang Rasulullah suka,
Berselawat ke atas baginda dalam suka mahupun duka,   
Mengingati ALLAH pada setiap ketika,
Berdoa di jauhi dari disambar api neraka.

(3)
Buatlah apa yang Rasulullah suka,
Dosa pahala kenalah tahu dan peka,
Moga kepada kita ALLAH tidak murka,
Jauhi perbuatan syirik meskipun buat seketika.

(4)
Buatlah apa yang Rasulullah suka,
Sebelum mati kita bertaubatlah secara terbuka,
Mohon keampunan ALLAH di atas segala dosa,
Syafaat Nabi di Padang Mahsyar diharapkan jua.

(5)
Buatlah apa yang Rasulullah suka,
Beribadat kepada ALLAH di dunia jangan leka,
Mudah-mudahan di syurga Al-Firdaus dengan Nabi bersemuka,
Itulah harapan kita sebagai seorang hamba.

Sabtu, 15 Rabiulakhir 1438H 

Thursday, January 5, 2017

Aleppo Syria nan jauh di mata


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


Gambar-gambar adalah ihsan dari AmanPalestin




(I)
Aleppo Syria nan jauh di mata,
Mereka menjadi orang pelarian ke merata-rata,
Berteduh dalam khemah mungkin ada mungkin juga tiada,
Tidur dalam kesejukan berbantalkan batu bata.

(II

Aleppo Syria nan jauh di mata,
Kedinginan musim salji di sana tiada terkata,
Cabaran dan tekanan hidup sebegitu rupa,
Moga kesengsaraan mereka insya-Allah berakhir jua.


(III)
Aleppo Syria nan jauh di mata,
Dalam kesusahan hidup pun mereka tidak meminta-minta,
Hendak makan boleh jadi tiada apa, 
Sesetengahnya sekadar menelan air liur sahaja.

(IV)

Aleppo Syria nan jauh di mata,
Kita di Malaysia selalu mengikuti berita,
Hulurkanlah bantuan walaupun sepasang kasut Bata,
Moga dirahmati ALLAH pencipta alam semesta. 

Khamis, 6 Rabiulakhir 1438H

Wednesday, January 4, 2017

Untuk Kamu Aleppo Syria


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


Pengiktirafan: Gambar-gambar adalah diambil dari iNewsTV 
(Acknowledgement: All images were taken from iNewsTV





(1)
Untuk kamu Aleppo Syria,
Puisi ditulis mengingati anda,
Apa khabar semuanya di sana,
Moga suasana sedikit ceria.

(2)
Untuk kamu Aleppo Syria,
Peperangan banyak merosakkan prasarana,
Bekalan letrik sekali-sekala ada,
Air tidak menentu pula.

(3)
Untuk kamu Aleppo Syria,
Musim sejuk pula tiba,
Salji tebal di jalan raya,
Banyak pergerakan terbantut sementara.

(4)
Untuk kamu Aleppo Syria,
Sabar menempuh dugaan dunia,
ALLAH sayangi kamu semua,
Berdoalah keamanan pulih semula. 

(5)
Untuk kamu Aleppo Syria,
Kami di Malaysia berusaha juga,
Menyalurkan bantuan kami cuba,
Dengan kudrat yang ada.

Rabu, 5 Rabiulakhir 1438H
 
 


Monday, January 2, 2017

May Peace Comes To Aleppo Syria


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
(May Peace and Mercy of ALLAH be upon you).


[ All images are supplied by AmanPalestin Berhad, MALAYSIA ]






(A)
May an everlasting peace comes to Aleppo Syria,
It is possible if love and respect are the criteria,
Thousands had died due to hunger, cold and diseases including malaria,
All parties should treat the current ceasefire as an euphoria.

(B)
Let there be peace in the whole country,
Shiites and Sunnis can live together in harmony,
They have common interests that are being shared already, 
The ongoing peaceful negotiations are expected to be successful by many.

Isnin, 3 Rabiulakhir 1438H
 
 

Sunday, January 1, 2017

2017 Bantulah Saudara Islam di Aleppo Syria


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


Kanak-kanak yang tidak berdosa mati di Aleppo, SYRIA akibat peperangan
(Gambar ihsan oleh AMAN PALESTIN BERHAD)



(i)
2017 Bantulah saudara Islam di Aleppo Syria,
Sudah bertahun mereka hidup dalam derita,
Tragedi yang berlaku bukannya mereka pinta,
Mereka tidak mempunyai wang ringgit atau pun harta.

(ii)
2017 Bantulah saudara Islam di Aleppo Syria,
Ahli Sunnah Wal Jamaah dizalimi dan diperkosa,
Mereka melawan musuh walaupun tanpa senjata,
Makan minum tiada tetapi mereka tidak meminta-minta.

(iii)
2017 Bantulah saudara Islam di Aleppo Syria,
Kita hidup di Malaysia dalam suasana aman dan sejahtera,
Menjamah makanan harian tetap berselera,
Mereka di sana berpuasa dan sekadar menghirup udara. 


Ada  beberapa pertubuhan di Malaysia yang menyalurkan bantuan kepada mereka di Aleppo khasnya, dan di Syria amnya.

Tanpa memilih kasih dan tanpa prejudis, saya perturunkan nombor-nombor akaun bank yang diuruskan oleh AMAN PALESTIN BERHAD sahaja, seperti berikut:



Contoh slip pembayaran dari mesin ATM Maybank


Ahad, 2 Rabiulakhir 1438H