Sunday, January 22, 2017

Laungan Azan Haji Zahali Madun


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,


(1)

Haji Zahali bin Madun,
Muazin Lantikan oleh Majlis Agama Islam Selangor 
untuk tempoh dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2019
bagi Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, Shah Alam, SELANGOR  

Haji Zahali Madun muazin Surau Ar-Rahmah,
Laungan azan terdengar sampai ke rumah,
Menjalankan tugasan dengan penuh amanah,
Sesungguhnya keperibadian seorang yang berhemah.


(2)


Tugasan seorang muazin sangat mulia,
Melaungkan azan satu ibadah yang berpahala,
Dimulakan oleh Bilal bin Rabah bekas seorang hamba,
Tapak kakinya didengar Rasulullah di dalam syurga.


(3)



Surau Ar-Rahmah untuk kita semua,
Boleh diibaratkan sebagai rumah kedua,
Laungan azan Haji Zahali qariah rasa selesa,
Moga para jemaah hidup dalam sejahtera.

Ahad, 23 Rabiulakhir 1438H


No comments:

Post a Comment