Monday, June 12, 2017

FGV Yang Dekat Di Hati


Assalamualaikum Wa Rahmatullah,



Tiga prinsip teras telah digariskan bagi penyelesaian isu "Krisis Pengurusan Tertinggi FGV", iaitu:

- mematuhi undang-undang syarikat,
- amalan urus tadbir yang baik,
- keputusan muktamad mestilah melalui proses yang adil. 

(1)
FGV yang dekat di hati,
Krisis pengurusan rakyat memerhati,
Lembaga Pengarah biarlah berintegriti,
Kecekapan mengurus kenalah sebati.

(2)
FGV yang dekat di hati,
Saham turun investor rugi,
Baikilah keadaan dengan teliti,
Jangan sampai menggigit jari.

(3)
FGV yang dekat di hati,
Undang-undang syarikat hendaklah dipatuhi,
Usah bertindak membuta tuli,
Nanti kelak memakan diri.

(4)
FGV yang dekat di hati,
Urus tadbir kenalah dipelajari,
Harga saham melambung tinggi,
Syarikat tidak dipandang sepi.

(5)
FGV yang dekat di hati,
Proses adil hendaklah dilalui,
Pengurusan telus budaya terkini,
Perluasan ladang boleh diterokai.

Isnin, 17 Ramadan 1438H
 

No comments:

Post a Comment