Wednesday, June 3, 2015

Ikutlah pemimpin yang ada kredibiliti


Assalam,

Kalau melawat ke Tasik Bera
Bawalah pulang benih durian
Sukanya hati tidak terkira
Artikel disiarkan Sinar Harian



http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/ikutlah-pemimpin-yang-ada-kredibiliti-1.396876


Topik berkenaan kepemimpinan dan pemimpin telah menjadi subjek yang suka ditulis oleh pengarang, ahli akademik, penyelidik, ahli politik dan lain-lain. Ramai di antara mereka bersetuju bahawa ciri utama seorang pemimpin ialah kelakuan yang baik. Kebolehan untuk memimpin adalah di tempat kedua.     

Mengikut Mark Sanborn di dalam bukunya, You Don’t Need A Title To Be A Leader ada berkata bahawa manusia itu tidak dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin. Malahan, insan itu kenalah belajar untuk menjadi seorang pemimpin sama ada  ia mempunyai gelaran atau pun tidak.

Mengikut definasi di dalam kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary pula, pemimpin ialah seseorang yang mengetuai sekumpulan orang, khususnya ketua bagi sesebuah negara atau organisasi.

Pemimpin yang sesuai untuk diikuti ialah apabila seseorang itu mempamerkan sifat atau ciri yang elok, di antaranya ialah kredibiliti.
Kredibiliti bermaksud seseorang itu mempunyai sifat yang boleh dipercayai atau diyakini. Ia boleh juga ditafsirkan sebagai kebolehpercayaan para pengikut kepadanya.  
 
Contoh yang paling cemerlang dari segi kredibiliti ini ialah Nabi Muhammad SAW. Semasa hayatnya, baginda Rasulullah diberikan gelaran sebagai “al-Amin”, yang bermaksud orang yang dipercayai.

Apabila seseorang pemimpin hidup dengan amalan kredibiliti, ia adalah seorang yang berjaya. Beliau mempunyai sifat yang terbuka dan jujur. Dengan itu, kehidupan hariannya tidaklah berserabut, malahan beliau kurang mengelamai perasaan tekanan.

Dalam tahun 2006, Mori of United Kingdom dan Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) telah berganding bahu membuat satu soal selidik tentang 15 jenis pekerjaan. Responden di United Kingdom dan Malaysia mempercayai profesional berikut: Pertama ialah doktor; kedua guru dan ketiga profesor. Ahli politik diletakkan di paras bawah sekali, iaitu di tempat kelima belas.

Jika seseorang pemimpin itu menghayati sifat kredibiliti, dia mempunyai kebebasan untuk membuat sesuatu keputusan dengan bebas. Ia tidak perlu untuk memihak kepada sesuatu kumpulan. Pertimbangan hanya dibuat untuk kebaikan syarikat atau organisasi yang dipimpinnya.

Seseorang pemimpin akan diikuti di sebabkan para pengikut mempunyai rasa hormat serta percaya kepadanya, bukan sekadar di atas kebolehan memimpin yang dimilikinya.   
Ujian sebenar seseorang pemimpin ialah untuknya menoleh kebelakang. Ini bertujuan untuk melihat sama ada masih adakah lagi para penyokong yang  mengikutnya.   


16 Syaaban 1436H

 


2 comments:

  1. Tahniah KH..
    Nak gi baca lah di Berita Harian tu :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.

    Ada dalam Sinar Harian Online. Link dia:

    http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/ikutlah-pemimpin-yang-ada-kredibiliti-1.396876

    Warm regards,

    Kamaruddin Hassan

    ReplyDelete