Friday, August 7, 2015

AL HAJJU ARAFAH (Buat bakal Haji 1436H)



Assalamualaikum,

 

PUISI : AL HAJJU ARAFAH

(Buat bakal Haji 1436H)



Bumi Malaysia: 1 Zulhijah



Sebelum bertolak jemaah duduk diam

Solat sunat musafir semasa di rumah

Mulakan perjalanan dengan berpakaian ihram

Jemaah haji dan umrah tetamu Allah



Tempat melapor di Kompleks Haji Kelana Jaya

Saudara mara datang pada satu masa

Perasaan di hati amat membara

Moga haji mabrur dapat dirasa




Jeddah/Makkah: 2 Zulhijah



Tiba di Makkah terasa lesu

Perjalanan dari Jeddah hampir lima jam

Ibadah umrah dikerjakan dahulu

Sebab haji tamattu’ jadi pilihan




Makkah: 9 Zulhijah



Ibadah haji bermula dari Makkah

Berpakaian ihram menuju Arafah

Berniat haji dalam bas sambil bertalbiah

Air mata mengalir pipi pun basah





Arafah: 9 Zulhijah



Wukuf di Arafah rukun utama haji

Tempatnya rasa kalainan menduga hati

Berdoa untuk diri anak-anak dan isteri

Pipi basah lagi tanpa henti



Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku yang lalu

Juga dosa-dosa kesemua ahli keluargaku

Kepada Engkau sahaja tempat kami mengadu

Tulislah nama-nama kami dalam syurga-Mu




Muzdalifah: 9 & 10 Zulhijah



Selepas isyak dari Arafah kami keluar

Mabit di Muzdalifah buat sebentar

Kawasan sempit dan sedikit berpagar

Mengutip batu secukupnya untuk melontar




Mina: 10-13 Zulhijah



Tinggal di Mina dalam khemah

Prasarana mencabar jemaah masih berhemah

Empat hari melontar serta tahallul di Jamrah

Sebelum menaiki bas pulang semula ke Makkah





Mina/Makkah: 13 Zulhijah



Dari Mina ke Makkah hampir sejam

Bolehlah mandi dan makan juadah

Mengerjakan tawaf dan sa’ie haji di waktu malam

Ibadah haji 1432H sempurnalah sudah




Makkah: 6 Muharram



Tawaf wada’ dilakukan tanpa gopoh gapah

Tibalah masanya meninggalkan Makkah

Menaiki bas lagi menuju Madinah Munawwarah

Untuk menziarah Rasulullah kekasih Allah




Madinah: 6-15 Muharram



Solat di Raudhah dalam Masjid Nabawi

Satu solat kebaikan seribu kali

Tinggal di Madinah selama sepuluh hari

Suasana tenang memohon reda Ilahi



Wada’ dengan Nabi Muhammad dilakukan sudah

Kerinduan padamu sepanjang hayat

Selamat tinggal wahai Rasulullah

Berilah syafaat kepada kami di akhirat




Kamaruddin Hassan,

Shah Alam, Selangor


22 Syawal 1436H



No comments:

Post a Comment