Assalamualaikum,
Kalau tuan pergi ke Melaka
Jangan lupa beli durian
Jemput baca puisi Merdeka
Disiarkan oleh Berita Harian
MERDEKA
Malaysia damai tanah airku
Membangun pesat semenjak Merdeka
dahulu
Mengapa harus bertelagah soal
hala tuju
Marilah kibarkan Jalur Gemilang
tanpa jemu
Eratkan silaturahim tautkan kembali
Esok atau lusa waktu menanti
Eksperimen keharmonian tidak
perlu lagi
Edarkan rasa kemesraan bermula
dari hati
Rukun Negara perlu difahami semua
Rasa cintakan negara tersemat di
dada
Rangsangan ekonomi dan pelajaran
kenalah peka
Rancang perbelanjaan agar hidup
selesa
Dahulu kita kesana kemari berjalan kaki
Deretan pelbagai kenderaan
suasana kini
Di darat laut dan udara tidak
sunyi
Dalam suasana aman dirasakan
semua ini
Eloklah kita bermuhasabah diri
Efisien dan efektif serta
berintegriti
Elak dari suka menuding jari
Ego dan riak perlulah dijauhi
Keamanan tanah air tidak datang percuma
Keringat pasukan keselamatan
diingat sentiasa
Kesungguhan mereka mempertahankan
kedaulatan negara
Kita dan kerajaan hormati
pengorbanan mereka
Akan daku taati pemerintah dipilih rakyat
Agama diikuti nescaya hidup tidak
sesat
Amalan keluargaku gaya hidup
sihat
Allah jua tempat kami memohon berkat
5 Zulkaedah 1436H
No comments:
Post a Comment