Friday, October 30, 2015

Terkenang MAKKAH dan MADINAH


 Assalamualaikum,


Biasa menulis puisi di malam hari
Selepas makan mempelam barang sebiji
Dipersembahkan kepada saudara dan saudari
Termasuklah juga hajah dan haji


Hati berdebar ketika meninggalkan rumah
Pertama kali pergi mengerjakan umrah
Perjalanan akan dahulu menuju Madinah
Sedikit ilmu dipelajari ketika berkuliah


Tinggal di Madinah buat beberapa hari
Bersolat lima waktu di Masjid Nabawi
Berdoa di Rhaudah dan di makam Nabi
Moga menjadi tetamu ALLAH lagi


Berniat ihram dan umrah di dalam hati
Ketika bermiqat di Masjid Bir Ali
Menuju Makkah buat pertama kali
Disambut mutawif yang sedia menanti


Selepas asar tawaf mengelilingi Kaabah
Tujuh kali pusingan selesailah sudah
Sa’ie pula di antara Safa dan Marwah
Bertahallul tanda yakin berakhirnya umrah


Tawaf Wada’ dikerjakan di hari terakhir
Meninggalkan Makkah air mata mengalir
Mulakan perjalanan pulang ke tanah air
Rinduan Makkah dan Madinah di hati terukir

 Kaabah dan Masjidilharam, Ogos 2006

Jumaat, 17 Muharam 1437H
 

Friday, October 23, 2015

Khusyuk bersolat di Surau Ar-Rahmah


Assalamualaikum,


Aduka mengail ikan kurau
Pergi bersama dengan Aiman
Jika berulang-alik rumah ke surau
Tanda di hatinya ada iman


Lokasi Surau Ar-Rahmah di Jalan Liku 8/A, Seksyen 8, Shah Alam di Selangor memberikan kesenangan kepada jemaah setempat dan juga tetamu untuk menunaikan solat berjemaah. Kedudukannya di tepi jalan utama adalah begitu strategik serta mempunyai persekitaran yang damai untuk beramal.

Di waktu mana ramai orang yang masih tidur dan dibuai mimpi indah, muazin bertugas melaungkan azan apabila tiba masanya. Ini bertujuan memanggil jemaah supaya datang ke surau untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Lumrahnya, solat yang paling payah untuk dilakukan secara berjemaah ialah solat subuh. Pada waktu pagi sebegini, banyak dugaan yang kita hadapai untuk datang ke rumah Allah bagi tujuan beribadat kepadaNya.

Perlu diingatkan bahawa mendirikan solat sunat dua rakaat sebelum menunaikan solat subuh berjemaah mempunyai banyak fadilatnya.

Sebelum memulakan solat lima waktu, imam bertugas sentiasa memberi ingatan kepada jemaah. Sebagai contoh, imam muda Ustaz Nik Ahmad Lokman Nik Mat berkata: “Luruskan dan rapatkan saf tuan-tuan. Rapatkan bahu dan samakan tumit di belakang.” Beliau juga menambah: “Pastikan telefon bimbit anda berada dalam keadaan tertutup apabila berada di dalam saf”. 

Makmum di surau ini peka bahawa deringan telefon bimbit boleh mengganggu fokus para jemaah ketika bersolat. Seorang lagi imam yang berpengalaman, Dato’ Dr. Mohamad Ali Hassan yang juga mantan Pengerusi AJK Surau Ar-Rahmah ini selalu mengingatkan jemaah sebelum memulakan solat. Beliau berkata: “Matikan bunyi telefon bimbit anda”. Malah ingatan ini juga dibuat dalam bahasa Inggeris.

Bilangan jemaah di Surau Ar-Rahmah ini agak ramai. Biasanya dewan solat utama memuatkan sebanyak sembilan baris saf, di mana setiap saf terdiri dari lebih kurang dua puluh lima orang jemaah. Jemaah perempuan pula bersolat di ruang khas di belakang dewan solat utama.

Surau Ar-Rahmah ini mempunyai jadual harian yang kemas. Muazin dan imam yang bertugas untuk setiap solat lima waktu telah dikenal pasti terlebih dahulu. Nama-nama mereka ada tersenarai dan ditampal di papan kenyataan surau. 

Majlis ilmu adalah menjadi tulang belakang aktiviti surau Ar-Rahmah ini. Penceramah dari Selangor dan juga dari negeri-negeri lain termasuk dari luar negara dijemput untuk menyampaikan ceramah di sesi majlis ilmu selepas solat maghrib. Kuliah ini diadakan pada setiap malam dan biasanya memakan masa lebih kurang satu jam.

Nama-nama penceramah serta topik yang akan disampaikan biasanya diedar pada setiap hujung bulan. Surau ini juga mengadakan kuliah selepas solat subuh pada setiap hari Sabtu, Ahad atau pada hari cuti umum. Pendek kata, surau Ar-Rahmah ini sarat dengan aktiviti majlis ilmu untuk para jemaahnya.  

Dalam bulan Ramadan pula, solat sunat tarawih dan witir telah diimamkan oleh Ustaz Irsyad dari Padang. Majlis ilmu yang berupa tazkirah juga di adakan di antara solat tarawih. Tazkirah pendek juga di adakan selepas solat zohor pada hari-hari minggu.

AJK Surau Ar-Rahmah ini peka dengan keperluan sesetengah jemaah. Bagi jemaah yang memerlukan, surau ini memberi ruang untuk menunaikan hajat mereka. Penulis ada bertanyakan tentang perkara ini kepada Setiausaha AJK Surau Ar-Rahmah, iaitu Haji Ab. Halim Ab. Rahman.

Beliau berkata: “Biasanya, antara lain jemaah memohon untuk diadakan solat hajat, tahlil arwah, doa selamat, tahnik bayi baharu lahir, takbir malam raya dari rumah ke rumah dan lain-lain. Pengurusan jenazah juga dikelolakan oleh surau ini”.

Dari pengamatan penulis yang menjadi jemaah di Surau Ar-Rahmah lebih dari lima tahun merasakan bahawa surau ini adalah lengkap dan selesa dalam memenuhi keperluan jemaah yang mempunyai pelbagai permintaan.

10 Muharam 1437H
 

Tuesday, October 20, 2015

Puisi Orang Munafik


Assalamualaikum,


Makan pagi di Restoran Salam
Roti bakar disapu kaya
Jika dibanding dengan yang-belum-Islam
Orang munafik lagi bahaya


Sebelum Rasulullah berhijrah lagi

Ada seorang pembesar negeri

Di Kota Madinah dia anak jati

Abdullah bin Ubai bin Salul namanya sebati


Dari Makkah Rasulullah berhijrah pula

Madinah berubah sedikit suasana

Tampak rapat dia dengan baginda

Di belakang Nabi bersolatnya dia

Islamnya cuma di kulit sahaja

Dalam hatinya iman tiada

Perang Badar dia tidak ikut serta

Orang Islam akan berputih mata

Begitulah yang terfikir di benaknya


Abdullah bin Ubai bin Salul

Bagi orang munafik dialah ketua

Kumpulan ini tampak macam betul

Berbanding orang kafir mereka lebih bahaya

Orang munafik tempatnya di neraka

Neraka paling bawah yang ada

Sungguh dahsyat dan peritnya

Api tersangatlah panas membakar segala

Ada orang munafik di keliling kita

Kena tahu cara mengenali mereka

Cukup licik dan pandai berpura-pura

Solat jemaah subuh dan isyak mereka tiada

7 Muharam 1437H

Monday, October 19, 2015

MALAYSIA is our country


Assalamualaikum,
Peace be upon you,

Puisi dicetus ketika pulang ke Perlis 
Disiapkan pula dalam bahasa Inggeris
Menguasai dwibahasa menjadi amalan penulis
Dapat berkongsi penulisan sekadar terlaris


 
Courtesy has always been our culture
Let us work together for a better future
Helping one another becomes second nature
All Malaysians have their own lustre

Political leaders must have direction
Do not exist just for the election
Exhibit your hard work and dedication
To place Malaysia in a better position

The rakyat are now clever
Malaysians cannot be cheated over and over
Political and corporate leaders cannot be sombre
They must be perceived as someone valuable

Malaysia is forever our country
It has all its glory
Certain people thought it’s just on the contrary
Because they equate everything only with money 

Let’s drive Malaysia to become a great nation
Everyone chips in their contribution
It is not necessary to hold a demonstration
Just be honest and forward a solution 

                             6 Muharam 1437H