Monday, October 5, 2015

MUHARAM DATANG LAGI


 Assalamualaikum,


Tinggal di Shah Alam rasa tenteram 
Sudah lama diisytiharkan sebagai bandaraya
Tahun Hijrah bermula 1 Muharam
Moga kita semua terus berjaya 





Muharam bulan pertama tahun Hijrah
Masa muhasabah diri perbaiki yang salah
Godaan syaitan usah kita mengaku kalah
Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah

Sebelum Muharam ialah bulan Zulhijah
Umat Islam mengerjakan haji selepas umrah
Sebelum pulang makam Nabi diziarah
Di tanah air masjid dan surau diimarah

Di awal Muharam tulislah azam baharu
Amal ibadat sepatutnya yang dahulu
Perbanyakkan sedekah jariah juga perlu
Di akhirat nanti ia amat membantu

Bermula Muharam dan Zulhijah bulan akhir
Ingatlah bulan-bulan Islam bila bermusafir
Hulurlah bantuan kepada miskin dan fakir
Apa-apa terjadi tidaklah kita rasa khuatir

Tahun Hijrah kita kena peka
Bukan setakat tahun Masehi sahaja
Di segi agama bulan Islam diambil kira
Kehidupan harian insya-Allah aman sejahtera 


21 Zulhijah 1436H

 



No comments:

Post a Comment