Friday, November 27, 2015

Puisi Mensyukuri Nikmat ALLAH



Assalamualaikum,


 

(1)
Jemaah bebas tawaf di Baitullah
Jika ragu-ragu hendaklah bertanya
Kenapa kita diciptakan ALLAH
Hanya untuk beribadat kepadaNya

(2)
Jika bertugas di waktu malam
Bawalah sweater barang sehelai
Bersyukur kita dilahirkan Islam
Anugerah ALLAH tidak ternilai  

(3)
Akhir tahun bercuti rehat
Melawat klia2 hari Selasa
Jagalah makan supaya sihat
Mengerjakan ibadat penuh selesa

(4)
Sunah Rasulullah bermain panah
Termasuk juga menunggang kuda
Jauhi perangai banyak kerenah
Bersyukurlah apa yang ada

(5)
Pergi walimah hari Sabtu
Tempat dituju Bandar Jengka
Walaupun bebas membuat sesuatu
Buatlah apa ALLAH suka


Jumaat, 15 Safar 1437H
 

No comments:

Post a Comment