Saturday, September 19, 2015

Air mata di Arafah



Assalamualaikum,


Puisi air mata di Arafah
Berita Harian siarkan sudah
Kepada pembaca ia persembah
Perkongsian ilmu disukai ALLAH 


 



Tahun Hijrah datang dan pergi
Bulan terakhir Zulhijjah sekarang di sini
Berjuta umat Islam di Makkah hari ini
Menunggu ketika melafazkan niat haji

Wajibnya haji bagi yang mampu
Ramai mengerjakan buat kali pertama
Wukuf di Arafah segala fikiran tertumpu
Berusahalah bawa isteri pergi bersama

Dari Makkah perjalanan menuju Arafah
Jemaah berteduh hanya di dalam khemah
Wukuf bermula zohor Sembilan Zulhijjah
Hati dan fikiran hanya mengingati Allah

Hari wukuf hanya untuk beribadat
Dunia dilupakan seketika untuk akhirat
Berdoa kepada Allah penuhi segala hajat
Air mata mengalir amatlah lebat

Mengutip batu ketika mabit di Muzdalifah
Di Mina melontar dan tahallul di Jamarah
Kembali ke Makkah untuk tawaf di Baitullah
Selepas sa’ie ibadat haji selesailah sudah

Perjalanan terakhir menziarahi kekasih Allah
Melawat makam Nabi yang berada di Madinah
Solat di Masjid Nabawi termasuklah Raudhah
Pulang ke Malaysia selepas wada’ dengan Rasulullah

5 Zulhijjah 1436H

No comments:

Post a Comment